Artikel Terkini

Fakta Menarik Tentang Pintasan Saloma Ramai Yang Tak Tahu

Fakta Menarik Tentang Pintasan Saloma Ramai Yang Tak Tahu
Fakta Menarik Tentang Pintasan Saloma Ramai Yang Tak Tahu 1

Ramai yang tidak tahu akan fakta menarik tentang Pintasan Saloma ini. Bandaraya Kuala Lumpur hari ini mempunyai satu simbol ikonik yang menjadi tarikan baharu masyarakat setempat serta pelancong luar negara iaitu jambatan laluan pejalan kaki bertingkat yang dikenali dengan nama Pintasan Saloma. Jambatan tersebut menghubungkan Kampung Baru ke Jalan Saloma yang berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas (KLCC). Berikut adalah fakta yang menarik mengenai mercu tanda baharu di ibu kota itu.

Fakta Menarik Tentang Pintasan Saloma Ramai Yang Tak Tahu 2

1. Pintasan Saloma merupakan projek Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) yang dibina berhampiran Stesen LRT Kampung Baru merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), menghubungkannya dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank berhadapan Jalan Ampang, tidak jauh dari KLCC.

2. Jambatan laluan pejalan kaki ini telah dibuka kepada orang awam pada 5 Februari 2020 pada pukul 2.30 petang.

3. Pengguna dapat memendekkan masa perjalanan dari Kampung Baru ke KLCC atau sebaliknya dalam masa tujuh hingga 10 minit sahaja, berbanding lebih 30 minit jika melalui jalan raya yang sibuk sebelum ini.

Fakta Menarik Tentang Pintasan Saloma Ramai Yang Tak Tahu 4

4. Panjang keseluruhan laluan Pintasan Saloma ini ialah 370 meter termasuk 69 meter panjang laluan pejalan kaki berbumbung dan kelebaran 4 meter yang menelan kos sebanyak RM31 juta.

5. Reka bentuk yang unik diinspirasikan dari tradisi sirih junjung iaitu seni gubahan adat Melayu.

6. Ketinggian jejantas ini bersamaan dengan empat tingkat bangunan serta dilengkapi dengan sistem CCTV dan kawalan pengawal keselamatan.

7. Laluan pejalan kaki ini turut lengkap dihiasi sistem pencahayaan LED bertukar aneka warna pada setiap masa yang akan menonjolkan keunikan jambatan ini pada waktu malam.

8. Pengguna atau pelancong berpeluang mengambil gambar berlatarkan pemandangan KLCC di dua ruang khas bergambar yang disediakan.

Fakta Menarik Tentang Pintasan Saloma Ramai Yang Tak Tahu 6

9. Pintasan Saloma ini dapat menampung kira-kira 200 orang dalam satu masa dan waktu operasi jejantas mengikut waktu operasi tren LRT. Dijangka tidak dibuka 24 jam untuk mengurangkan masalah vandalisme.

10. Pihak PKB juga turut menyediakan laluan khas berbasikal untuk penunggang menolak basikal melintasi jejantas.

Klik Di Sini untuk Pembelian: KitchenAid Artisan 4.8L Tilt-Head Stand Mixer With Twin Bowls. Ramai yang tergila-gila akan produk ini.

Fakta Menarik Tentang Pintasan Saloma Ramai Yang Tak Tahu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo