Artikel Terkini

FamilyMart Telah Lancarkan Kempen Animasi Terkemuka Jepun, Doraemon.

FamilyMart Telah Lancarkan Kempen Animasi Terkemuka Jepun, Doraemon.
FamilyMart Telah Lancarkan Kempen Animasi Terkemuka Jepun, Doraemon. 1

Khabar berita gembira buat semua pencinta siri kartun animasi popular di Jepun, Doraemon kerana kedai serbaneka terkemuka, FamilyMart kini telah melancarkan kempen istimewa bersempena siri kartun animasi berkenaan.

Untuk pengetahuan anda, kempen yang bertemakan siri kartun animasi tersebut telah mula dilancarkan secara rasmi oleh FamilyMart bermula 20 Julai lalu sehingga 6 September depan. 

Ada pelbagai tawaran dan promosi menarik yang disediakan sepanjang tempoh kempen berkenaan dijalankan antaranya anda berpeluang untuk menerima hadiah pelitup muka edisi terhad Doraemon. Menarik bukan?

FamilyMart Telah Lancarkan Kempen Animasi Terkemuka Jepun, Doraemon. 2 FamilyMart Telah Lancarkan Kempen Animasi Terkemuka Jepun, Doraemon. 4

Sekiranya anda ingin mendapat hadiah tersebut, anda cuma perlu melakukan tiga langkah mudah ini dengan memuat naik aplikasi FamilyMart kemudian mengumpul sebanyak 10 cop dan tebus! Dengan setiap pembelian bernilai RM15 dan keatas, anda akan berpeluang untuk menerima satu cop, jadi cepat-cepat kumpul sekarang sebelum ianya kehabisan stok.

Menariknya lagi, anda juga berpeluang untuk menikmati menu kuih kegemaraan Doraemon iaitu Dorayaki yang semestinya enak dan lazat. Yummy!

Terdapat dua jenis pilihan perasa iaitu keju dan coklat mentega kacang.

FamilyMart Telah Lancarkan Kempen Animasi Terkemuka Jepun, Doraemon. 6

Selain itu, anda juga berpeluang untuk menikmati ais krim kon berperisa Mediterranean Sea Salt edisi terhad. Tengok gambar sahaja pun dah terliur dibuatnya kan?!

Jadi tunggu apa lagi, segera pergi ke mana-mana cawangan FamilyMart di seluruh negara untuk mendapatkan promosi istimewa edisi kartun Doraemon ini. Jangan lepaskan peluang menarik ini!

FamilyMart Telah Lancarkan Kempen Animasi Terkemuka Jepun, Doraemon. 8 FamilyMart Telah Lancarkan Kempen Animasi Terkemuka Jepun, Doraemon. 10

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Sumber: FamilyMart Website 

Baca artikel berikutnya: Bukan Sekadar Kegunaan Harian, Cermin Juga Boleh Jadi Sebagai Dekorasi Rumah Anda!

 

FamilyMart Telah Lancarkan Kempen Animasi Terkemuka Jepun, Doraemon. 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list