Infotainment

Fatima Tak Banyak Ragam, Fazura Seronok Jadi Ibu

Fatima Tak Banyak Ragam, Fazura Seronok Jadi Ibu 1

Fatima Tak Banyak Ragam, Fazura Seronok Jadi Ibu 2

Menimang cahaya mata pertama pada 2 Oktober lalu, Nur Fazura akui rutin kehidupannya jauh berubah. Bahagia dengan kehidupannya kini, Fazura meluahkan rasa syukur di atas kurniaan dan rezeki yang dilimpahkan kepadanya.

Seronok dengan gelaran baru yang digalasnya itu, Fazura akui pengalaman kali pertama menjadi ibu sangat mencabar. Namun, dia bersyukur anaknya, Nur Fatima Aisya tidak banyak ragam.

BACA: Fattzura Kongsi Wajah Anak, Ramai Puji Kecomelan Nur Fatima Aisya

“Tidak dinafikan  pengalaman kali pertama menjadi ibu sangat mencabar. Ini kerana banyak perkara yang saya belum tahu terutama apabila anak menangis malam. Ketika awal kelahiran, Fatima kerap bangun malam untuk menyusu.

“Jika menangis pun, sebab nak menyusu. Saya bersyukur Fatima bukannya jenis yang banyak meragam, tak susah untuk menjaganya. Saya bernasib baik mama dan ibu mentua banyak membantu sejak saya bersalin, berpantang hinggalah sekarang.

“Kini, selepas tiga bulan melahirkan, saya sudah boleh membiasakan diri dengan rutin harian. Saya seronok menjalankan tugas seorang ibu,” katanya.

Mendedahkan wajah anaknya tepat jam 12 malam pada 1 Januari lalu, Fazura berkata keputusan itu dibuat atas permintaan peminat yang tidak sabar melihat cahaya mata mereka.

“Kalau diikutkan, saya dan Fattah tidak merancang mendedahkan wajah Fatima dalam masa terdekat ini. Namun, atas permintaan peminat dan menghargai setiap doa diberikan, jadi kami mengambil keputusan untuk menunaikan janji berkongsi wajah Fatima bersama insan sekelilingnya.

“Kami pilih untuk berkongsi pada jam 12 malam kerana pada tarikh 1 Januari 2021, jatuh pada Jumaat. Fatima juga lahir pada Jumaat,” katanya.



Fatima Tak Banyak Ragam, Fazura Seronok Jadi Ibu 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo