Infotainment

Fazley Yaakob Dedah Isteri Sehelai Sepinggang Ketika Berkahwin

Fazley Yaakob Dedah Isteri Sehelai Sepinggang Ketika Berkahwin 2

Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-14 tahun, pelakon pelakon dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob akui tidak mudah untuk mempertahankan rumah tangga dibina bersama isteri Datin Azrene Ahmad.

Menerusi satu perkongsian, Fazley berkata dia dan isteri pernah diduga dan diuji namun dengan izin Allah, mereka mampu mengatasinya serta rumah tangga yang dibina masih teguh berdiri.

BACA: Fazley Yaakob Gesa Tangguh Sesi Persekolahan

Fazley Yaakob Dedah Isteri Sehelai Sepinggang Ketika Berkahwin 3

“Syukur ke hadrat Ilahi, 7 November 14 tahun yang lalu kami telah disatukan. Pelbagai onak duri, duka dan duka (bukan suka duka) dan airmata yang mengalir. Namun Allah tetap izinkan kita untuk terus berdiri teguh mempertahan masjid yang satu ini.

“Bukan mudah untuk mempertahankan perkahwinan yang baru setahun jagung, apatah lagi memperkukuhkan masjid yang terbina 14 tahun lamanya.

“Moga iman kita semakin kukuh, tiang agama kita semakin utuh, dan anak-anak kita yang empat orang tu membesar dengan tersedianya ilmu dunia dan terpatrinya ilmu akhirat sentiasa,” tulisnya.

Dalam pada itu, lebih menyentuh hati netizen apabila Fazley mendedahkan ketika mereka berkahwin isterinya dalam keadaan sehelai sepinggang. Fazley turut mengatakan isterinya banyak berkorban dan tetap setia disisinya.

“Terima kasih di atas pengorbanan ‘adik sayang’ selama ini. I am who I am today because of you. Adik menjadi isteri abang dalam keadaan sehelai sepinggang.

“Dan abang sendiri sampai tiada apa lagi yang tinggal akhirnya, namun Allah tetap memberi harta kasih dan sayang berpanjangan. Biar kita miskin harta, namun kekal kaya kasih dan sayang,” tulisnya.



Fazley Yaakob Dedah Isteri Sehelai Sepinggang Ketika Berkahwin 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo