Infotainment

Fazley Yaakob Sedar Nyanyi Tak Hebat, Buat ‘Showcase’ Untuk Lunas Janji Dengan Peminat

Fazley Yaakob Sedar Nyanyi Tak Hebat, Buat ‘Showcase’ Untuk Lunas Janji Dengan Peminat
Fazley Yaakob Sedar Nyanyi Tak Hebat, Buat 'Showcase' Untuk Lunas Janji Dengan Peminat 1

Kini Trending

 

Fazley Yaakob Sedar Nyanyi Tak Hebat, Buat ‘Showcase’ Untuk Lunas Janji Dengan Peminat

Selepas selesai program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penyanyi Datuk Fazley Yaakob menunaikan janjinya dengan peminat untuk mengadakan mini ‘showcase’.

Artikel Berkaitan: ‘Happy’ Dapat Perhatian Di Pentas GV8, Fazley Yaakob Tak Terasa Hati Netizen Doa Tersingkir Awal – ‘Hak Mereka Untuk Menilai’

Artikel Berkaitan: Suka Cari Publisiti Murahan, Fazley Hilang Hormat Dengan Vida – ‘Kaya & Popular Tidak Menjamin Adab …’

Fazley Yaakob Sedar Nyanyi Tak Hebat, Buat 'Showcase' Untuk Lunas Janji Dengan Peminat 4

Ketika ditemui OhBulan!, Fazley, 44, akui sedar dirinya bukan penyanyi hebat. Katanya, ‘showcase’ yang dilakukan ini bertujuan untuk menghargai peminat dan ahli keluarga yang tidak pernah putus memberi sokongan.

Saya tidak mahu membuktikan apa-apa. Cukup sekadar menghiburkan mereka yang sanggup membeli tiket. Sokongan itu adalah kunci kejayaan saya.

Saya bukan la seorang penyanyi yang hebat, yang sedang-sedang sahaja. Saya hanya sekadar penyanyi rakaman.

Tetapi apa yang terharu adalah sokongan tanpa henti daripada peminat dan ahli keluarga.

Fazley ditemui pada ‘showcase’ Yang Sedang Sedang Saja yang berlangsung di Suka Sucre Bistro, Hartamas, Kuala Lumpur, pada malam Sabtu.

Fazley Yaakob Sedar Nyanyi Tak Hebat, Buat 'Showcase' Untuk Lunas Janji Dengan Peminat 6

Dalam pada itu, pemilik nama Ahmad Fadzli Yaakob berkata dia menerima banyak pertanyaan daripada peminat yang inginkan dia menyanyi bukan dalam pertandingan.

Katanya lagi, dia juga ingin orang ramai tahu yang dirinya bermula dengan penyanyi sebelum mengorak langkah menjadi seorang cef selebriti.

Ketika masih berentap dalam GV8, ramai yang bertanya kepada saya tidak mahu buat showcase ke. Sebab bagi mereka, GV8 adalah pertandingan dan mereka mahu lihat saya menyanyi dalam persembahan lain.

Saya pun berjanji untuk buat showcase selepas tamat pertandingan. Untuk mengotakan janji, saya pun buat showcase Yang Sedang Sedang Saja khas untuk peminat.

Selain menyambut kedatangan 2022, showcase ini dianjurkan untuk memberitahu orang ramai yang saya merupakan seorang Singing Master Chef.

Dalam masa yang sama, ketika persembahan, saya juga menghidangkan penonton dengan hidangan-hidangan menarik yang saya rasa sesuai untuk tema persembahan saya itu.

Pada malam ‘showcase’ yang dihadiri hampir 100 penonton termasuk ahli keluarga, peminat dan rakan media itu, pelantun lagu Asmara telah menyampaikan sebanyak 22 buah lagu antaranya Bila April, Beautiful Maria, Luluh, Dimelo, Mahligai Syahdu dan Cik Mek Molek.

Apa yang lebih menakjubkan mengenai konsert mini ini adalah tiket habis terjual dalam tempoh tidak sampai seminggu.


Fazley Yaakob Sedar Nyanyi Tak Hebat, Buat 'Showcase' Untuk Lunas Janji Dengan Peminat 8

The following two tabs change content below.


Fazley Yaakob Sedar Nyanyi Tak Hebat, Buat 'Showcase' Untuk Lunas Janji Dengan Peminat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list