Berita

Fikir panjang sebelum jadi penyampai radio

Fikir panjang sebelum jadi penyampai radio 2

Kuala Lumpur: “Saya kena fikir tanggungjawab sebab apabila orang panggil dan tawarkan kerja, mestilah kena buat bagus-bagus. Tidaklah setakat ambil selepas itu lepas tangan,” kata pelakon dan pengacara popular, Sherry Al Hadad yang kini menjadi penyampai radio Era FM bagi segmen pagi bersama Johan, Hanif, Ray atau JoHaRaRy sejak Isnin lalu.

Sherry, 37, atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad berkata, tawaran diterima kerana sudah sampai waktu dia mencuba cabang baru dalam bidang seni.

Menurut Sherry, dia berfikir panjang sebelum membuat keputusan menjadi penyampai radio.

“Sejak awal kemunculan lagi saya sudah menerima tawaran sebagai penyampai radio. Namun, saya tak ambil sebab masih baru dalam industri hiburan. Saya takut kalau ada kerja tetap dari Isnin hingga Jumaat, sedangkan minat saya masih berlakon.

“Ketika itu saya fikir kalau berada dalam konti, tawaran berlakon kurang sebab orang tahu kita ada tanggungjawab lain. Jadi, mesti tak nak ambil berlakon dan tidak ada masa. Jadi, saya tolak dengan cara baik. Lagipun saya masih nak cuba teroka dulu industri hiburan dengan berlakon dan mengacara,” katanya.

Sherry berkata, apabila sudah lama dan menyusun kerjaya, tahun ini baru dia dapat semula tawaran sebagai penyampai radio.

“Saya fikir mungkin ini masa untuk saya mencuba cabang lain. Sudah tentu, sepanjang nak buat keputusan, saya fikir betul-betul sebab saya fikir boleh buat tak? Mampu tak jalani tugas ini? Saya tak terima dengan main ambil saja. Saya bukan jenis macam tu. Saya nak fokus. Inilah masa saya buat benda baru,” katanya.

Menurut Sherry, tawaran yang diterima itu membuatkan dirinya teruja bercampur gementar.

“Perasaan teruja, dalam masa sama gementar sebab radio bukan platform saya. Saya selalu berada atas pentas dan bercakap depan penonton. Tapi sekarang kena bercakap sesama sendiri dan tidak ada penonton.

“Jadi, kena bayangkan penonton itu adalah pendengar yang duduk di rumah. Selalu ada tindak balas daripada penonton, kali ini kita tahu apa reaksi pendengar terhadap apa yang kita cakap. Gementar juga. Jadi, teruja berbaur cemas, takut, gementar,” katanya.

Fikir panjang sebelum jadi penyampai radio 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo