Artikel Terkini

Filem Mat Kilau tular lagi, YouTuber ‘koyak’ dikecam

Filem Mat Kilau tular lagi, YouTuber ‘koyak’ dikecam
Filem Mat Kilau tular lagi, YouTuber ‘koyak’ dikecam 1

PETALING JAYA – Filem epik popular Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sekali lagi menjadi bahan bualan ramai selepas mula ditayangkan dalam platform penstriman Netflix sejak semalam.

Meskipun meraih pujian selepas ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula Jun lalu, Mat Kilau kini mencetuskan reaksi berbeza dalam kalangan penonton.

Rata-ratanya memberi respons negatif dan mengkritik kualiti filem arahan Syamsul Yusof itu.

Antara komen negatif yang diberikan termasuklah mengenai teknik kamera dan jalan cerita.

“Selepas menonton Mat Kilau, saya tidak akan percaya lagi dengan komen positif tentang filem Melayu dalam media sosial,” komen netizen.

“Menonton filem ini hanya 10 minit sahaja. Tak mampu nak teruskan,” kritik seorang lagi pengguna Twitter.

“Sinematografi kucar-kacir, dialog ibarat memberi ceramah,” kata seorang lagi netizen.

Tidak ketinggalan, masih terdapat segelintir yang berpendapat penilaian sebuah filem bergantung kepada selera individu.

Sejak semalam, filem terbitan Studio Kembara itu sohor kini dalam Twitter.

Sementara itu, seorang YouTuber juga pengulas filem popular turut menerima tempias ketidakpuasan hati netizen terhadap ulas positifnya terhadap filem Mat Kilau sebelum ini.

Lebih memanaskan situasi, sikap ‘koyak’ YouTuber terbabit yang tidak boleh menerima kecaman juga menjadi jenaka ramai.

“Dia mengamuk kutuk filem tidak bagus boleh pula tetapi apabila orang lain buat, dimarahi pula,” kata netizen.

“Bukan main cakap ikut selera masing-masing, biarlah mereka nak kutuk sekalipun, hak sebagai penonton,” komen seorang pengguna Twitter.

Sehingga hari ini, tayangan Mat Kilau di tiga buah negara, Malaysia, Brunei dan Singapura berjaya mencatat kutipan sebanyak RM97 juta.

Filem yang mengetengahkan perjuangan pahlawan Melayu, Mat Kilau itu membariskan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan Asari dan Datuk Rahim Razali. – KOSMO! ONLINE


Filem Mat Kilau tular lagi, YouTuber ‘koyak’ dikecam 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list