Artikel Terkini

Filipina tingkat kehadiran tentera di Laut China Selatan

Filipina tingkat kehadiran tentera di Laut China Selatan
Filipina tingkat kehadiran tentera di Laut China Selatan 1

MANILA – Filipina mengarahkan tenteranya meningkatkan kehadiran di Laut China Selatan susulan ‘ancaman’ daripada ‘aktiviti China di laluan air tuntutan bertindih tersebut’, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Perkara itu berlaku dua hari selepas Beijing dilaporkan mula menuntut lebih banyak kawasan di Kepulauan Spratly. Kepulauan itu merupakan antara lokasi tuntutan bertindih utama dan menyaksikan kehadiran tentera dari beberapa negara.

China mendakwa bahawa keseluruhan Laut China Selatan adalah miliknya. Beijing membuat tuntutan itu berdasarkan analisis sejarah, namun dipertikai oleh beberapa negara rantau Asia Tenggara.

“Sebarang pencerobohan di Laut Filipina Barat atau kerja penambakan di sana adalah ancaman terhadap keselamatan Pulau Pagasa,” kata Jabatan Pertahanan Filipina.

Kerajaan Filipina merujuk perairan barat negara itu sebagai Laut Filipina Barat. Ia juga merujuk kepada Pulau Pagasa sebagai Pulau Thitu. Ia adalah pulau kedua terbesar di perairan itu.

Jabatan pertahanan berkata, pihaknya telah mengarahkan angkatan tentera untuk mengukuhkan kehadiran mereka di Laut Filipina Barat, berikutan aktiviti China yang dikesan berhampiran Pulau Pagasa.

Agensi itu tidak menyatakan jenis aktiviti China yang dikesan tetapi tentera Filipina berkata, peronda udara dan tentera lautnya telah mengawasi ‘kapal-kapal militia China di kawasan itu.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, China telah membina pulau buatan di beberapa kawasan terumbu karang di Laut China Selatan. Beijing juga telah membina kemudahan tentera dan landasan pesawat.
China mengabaikan keputusan tribunal yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2012 bahawa tuntu­tannya di Laut China Selatan adalah tidak berasas. – Agensi


Filipina tingkat kehadiran tentera di Laut China Selatan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo