Berita

Finas perlu senarai penerima dana elak penyelewengan

Finas perlu senarai penerima dana elak penyelewengan 2

Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) perlu menyenaraikan semua penerima geran atau dana peruntukannya bagi menangani isu penyelewengan dalam kalangan pemain industri perfileman.

Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) Pansha berkata, senarai itu boleh disiarkan di laman web Finas secara terperinci seperti diamalkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan agensi kerajaan lain.

Beliau berkata, penyenaraian hitam dan tindakan undang-undang juga perlu diambil terhadap syarikat produksi atau penggiat seni yang tidak bertanggungjawab setelah menerima geran atau melaksanakan projek Finas.

“(Finas juga perlu) bekerjasama dengan persatuan perfileman tempatan untuk menyenarai hitam keahlian, sama ada syarikat produksi atau individu (penggiat seni) sekiranya didapati tidak bertanggungjawab setelah diberi peluang menerima geran Finas.

“Kami percaya dengan kerjasama bersama persatuan perfileman tempatan ini akan dapat membentuk industri yang lebih bertanggungjawab setelah diberi peluang oleh kerajaan untuk membantu dalam pembangunan industri perfileman tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Pengerusi Finas Zakaria Abdul Hamid dilaporkan berkata RM30 juta dana filem telah diseleweng oleh beberapa pemain industri demi kepentingan peribadi.

Finas perlu senarai penerima dana elak penyelewengan 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo