Infotainment

Flash Express, Startup Unicorn Pertama Thailand Memfokuskan Kepada Penghantaran Barangan

Flash Express, Startup Unicorn Pertama Thailand Memfokuskan Kepada Penghantaran Barangan
Flash Express, Startup Unicorn Pertama Thailand Memfokuskan Kepada Penghantaran Barangan 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

2021 merupakan tahun gemilang untuk startup Asia Tenggara. 12 startup berjaya capai tahap unicorn dan Malaysia melalui Carsome juga turut mencapai tahap ini. Tahap yang mana valuation syarikat bernilai lebih $1 billion (~RM4.22 bilion).

Akan tetapi, apa yang menjadi buah mulut antara startup unicorn ini sudah pasti yang pertama di sesebuah negara dan terpantas capai status ini adalah Flash Group. Flash Group selaku startup unicorn pertama di Thailand dan hanya ambil masa 3 tahun untuk capai tahap unicorn!

Pengasas Komsan Lee bersama dengan seorang bekas pekerja Alibaba Di Weijie menubuhkan Flash Express yang mana menawarkan perkhidmatan penghantaran logistik kepada warga Thailand. Dengan bermodalkan wang sendiri mereka memulakan bisnes ini dengan tawaran ‘gila’

Tawaran ‘gila’

Flash Express, Startup Unicorn Pertama Thailand Memfokuskan Kepada Penghantaran Barangan 2

Pengasas Flash Express, Komsan Lee. Sumber: Bangkok Post

2018 mereka berjaya acquire big size untuk delivery merchant dengan menawarkan harga tak masuk akal iaitu 25 baht (~RM3.14). Ketika banyak syarikat yang lain tawarkan minimum 60 baht (~RM7.54), mereka dengan dana yang besar permulaannya menawarkan harga cukup rendah

Kesannya mereka berjaya menghantar lebih 50,000 parcel sehari pada tahun pertama. Disebabkan penawaran hebat dan bukan sekadar logistik mereka tawarkan ecommerce solution kepada merchant mereka pada tahun kedua sekaligus membuatkan mereka berkembang dengan pantas sehingga mampu menghantar 1 juta parcel sehari. Dan pada tahun ketiga, 1-2 juta parcel sehari mampu mereka hantar!

Perkembangan drastik dalam masa yang singkat

Flash Express, Startup Unicorn Pertama Thailand Memfokuskan Kepada Penghantaran Barangan 4

Sumber: tech crunch

Walaupun baru operasi 3 tahun di Thailand, tapi mereka sudah berada di tangga ketika servis penghantaran di Thailand. Faktor inilah banyak konglomerat dan syarikat besar melabur kepada mereka pada tahun 2021 terkumpul mereka berjaya raised $400 juta (~RM1.69 bilion) dan seterusnya menjadikan mereka unicorn pertama Thailand

Bukan sekadar tawarkan harga yang rendah

Flash Express, Startup Unicorn Pertama Thailand Memfokuskan Kepada Penghantaran Barangan 6

Sumber: dealstreetasia

Kalau tanya saya faktor kenapa mereka begitu cepat mendapat market share bukan hanya sekadar murah. Kita tahu yang delivery ini sangat kritikal kalau cepat, kalau kita boleh dapat cepat barang kita, kita happy. Tapi kalau kena peram lama, mesti kita akan ubah perkhidmatan lain.

Sama juga dengan Flash Express, mereka janjikan bukan sekadar murah, tapi juga pantas. Dengan teknologi yang disokong oleh team alibaba di China, mereka banyak guna automation dalam perkhidmatan mereka

Cuba bayangkan mereka boleh sort 40k parcel dalam tempoh sejam di pusat pengedaran sekaligus menjadikan mereka menjadi kelebihan besar untuk pemain industri ini

Kehadiran Flash Express ke Malaysia

Flash Express, Startup Unicorn Pertama Thailand Memfokuskan Kepada Penghantaran Barangan 8

Sumber: the star

Kini Flash Express sudah berada di Malaysia. Mereka sedang berusaha keras dalam mendapatkan market share di negara kita. Kalau tanya saya, peluang begitu besar lagi di Malaysia sebab kita masih lagi tiada winning team yang dalam industri kurier ini.

J&T dengan masalah yang tersendiri. Begitu juga Pos Laju dengan problem dia, ninja van dengan problem dia. Jadi kemasukan flash express ni dengan dana yang besar akan merancakkan lagi industri pengantaran di Malaysia. In the end, kita pelanggan yang menerima tempiasnya.

Sebelum ini tular di Indonesia apabila seorang influencer disita aset bernilai RM18.7 juta berikutan aktiviti yang dilakukan dalam mempengaruhi orang ramai menerusi kehidupan mewah yang ditampilkan.

Sering Bangga Tayang Kehidupan Mewah, Polis Sita Aset Milik ‘Influencer’ Ini Bernilai RM18.7 juta

Sangka Kereta Sendiri Lebih Laju, Pemandu Mercedes ‘Koyak’ Selepas Cicir Ditinggalkan Nissan GT-R


Flash Express, Startup Unicorn Pertama Thailand Memfokuskan Kepada Penghantaran Barangan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list