Infotainment

Ford Juga Akan Membangunkan Kenderaan Elektrik Sepenuhnya Di Eropah Menjelang 2030 – Amanz

Ford Juga Akan Membangunkan Kenderaan Elektrik Sepenuhnya Di Eropah Menjelang 2030 – Amanz 2

Kebelakangan ini, sejumlah pembuat kenderaan seperti Tesla dan Jaguar dilihat memfokuskan kepada pembangunan kenderaan elektrik sahaja di masa hadapan. Malah Apple juga dilihat sedang mencari pembuat kenderaan untuk bekerjasama membangunkan kenderaan elektrik dan juga swapandu.

Kerajaan UK juga mengatakan bahawa mereka akan mengharamkan penggunaan kenderaan menggunakan bahan api fosil di jalan-jalan mereka menjelang 2030, yang menyebabkan syarikat-syarikat ini untuk mempercepatkan lagi pembangunan teknologi automotif ini.

Selepas menutup beberapa kilang dan membuang 10,000 pekerja untuk memastikan kelangsungan syarikat, Ford nampaknya bersedia untuk fokus terhadap langkah seterusnya.

Terkini, Ford dilaporkan akan mula membangunkan kilang kenderaan elektrik di Cologne, Jerman pada tahun 2025, yang dijangka akan membantu Ford untuk memfokuskan pembangunan kenderaan elektrik secara penuh untuk pasaran Eropah.

Kilang ini akan memakan belanja 1 bilion Euro, sebahagian daripada pelaburan 29 bilion Euro untuk membolehkan Ford untuk mengubah keseluruhan platform kenderaan kereta daripada menggunakan bahan api fosil ke tenaga elektrik, disamping membangunkan teknologi swapandu mereka sendiri.

Ia dijangka bahawa Ford akan tampil dengan kenderaan-kenderaan plug-in hybrid dan kenderaan tenaga elektrik sepenuhnya menjelang 2030.

Ford Juga Akan Membangunkan Kenderaan Elektrik Sepenuhnya Di Eropah Menjelang 2030 – Amanz 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo