Berita

Freddie Fernandez sedia berdepan sebarang tindakan

Freddie Fernandez sedia berdepan sebarang tindakan 2

Kuala Lumpur: “Jangan jolok sarang tebuan,” demikian kata Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez susulan Public Performance Malaysia (PPM) yang akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya dan persatuan terbabit.

Freddie berkata, dia sentiasa bersedia untuk berdepan dengan sebarang tindakan kerana apa yang sudah dilakukan dan disuarakan mempunyai asas tersendiri iaitu membela nasib ahli karyawan seni.

“Apa yang saya lontarkan adalah suara hati ahli kami iaitu pelaku dan penggiat seni yang sentiasa dalam keadaan tertindas hasil manipulasi beberapa badan pengutip royalti, antaranya PPM.

“Lebih 20 tahun saya berjuang untuk perkara seperti ini dan segala permainan badan-badan sebegini cukup saya faham.

“Pada suatu ketika saya sendiri menyokong badan-badan ini sewaktu permulaan penubuhan mereka tetapi apabila melihat tindakan yang semakin ‘gelong’ dan terlalu banyak helah yang berlaku, saya tak mampu berdiam diri,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia sesekali tidak akan membiarkan nasib ahli dan penggiat seni terus diperkotak-katikkan. “Saya juga berpendapat di era digitalisasi muzik ini, keberadaan syarikat rakaman gergasi adalah dalam keadaan yang kabur kerana mereka sendiri tidak begitu aktif mengeluarkan album atau lagu baru . “Rata-rata pembikin muzik kini kebanyakannya menjalankan operasi muzik mereka dari semua aspek secara kendiri (DIY) dan tidak mendaftar dengan PPM. Mereka juga pemegang hak rakaman yang dimainkan di pelbagai platform media dan berhak mendapatkan royalti PPM. Jadi kutipan yang dikutip pun tidak mewakili keseluruhan pemilik ‘sound recording’ pun,” katanya.

Semalam, PPM mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Karyawan dan Freddie atas kenyataan fitnah terhadap mereka.

Pengerusinya Rosmin Hashim berkata, pihaknya sudah menyerahkan Penyataan Tuntutan pada 12 Januari lalu.

Menurut Freddie, ekosistem muzik sudah berubah 360 darjah ketika ini dan mengharapkan supaya penggiat seni lebih memahami di mana hak mereka sebenarnya.

“Jangan biarkan sistem kapitalis yang mencengkam terus mempermainkan anda kerana keuntungan yang mereka peroleh sebenarnya hasil dari apa yang anda miliki.

“Saya ada sedikit nasihat kepada PPM supaya tindakan yang dilakukan jangan sampai bawa padah kepada mereka dan industri muzik keseluruhannya. Peranan PPM dalam kemelut royalti artis amat besar kerana mereka sendiri sudah melantik dua pengerusi badan royalti yang gagal melaksanakan tugas seperti yang diharapkan,” katanya.

Freddie berkata, Datuk Aziz Bakar yang dilantik PPM untuk menerajui Prism Sdn Bhd pada 2001 sudah menutup operasinya pada 2011.

“Selepas itu mereka sekali lagi campur tangan dalam hal artis dengan penubuhan RPM dan melantik Datuk Sheila Majid yang juga ternyata gagal.

“Ada banyak lagi perkara yang saya boleh bawa ke perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan syarikat rakaman tetapi saya rasa lebih baik kita duduk semeja untuk membincangkan satu penyelesaian yang baik demi masa depan industri muzik,” katanya.

Freddie Fernandez sedia berdepan sebarang tindakan 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo