Artikel Terkini

Gabungan 4 persatuan industri runcit suara pandangan berhubung GEG

Gabungan 4 persatuan industri runcit suara pandangan berhubung GEG
Gabungan 4 persatuan industri runcit suara pandangan berhubung GEG 1

PETALING JAYA – Cadangan Rang Undang-undang Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok 2022 (RUU GEG) masih mendapat perhatian daripada pelbagai pihak dan kini empat persatuan yang terlibat dalam bidang peruncitan menyuarakan pandangan masing-masing.

Mereka  terdiri daripada The Malaysian Singapore Coffeeshop Proprietors’ General Association (MSCSPGA), Malaysian Indian Restaurant Owners Association (PRIMAS), Malaysian Muslim Restaurant Owners Association (PRESMA) dan Federation of Sundry Goods Merchants Associations Malaysia (FSGMAM).

Kesemua persatuan tersebut  meminta Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) untuk RUU GEG dijalankan dengan sewajarnya serta melibatkan secara menyeluruh  semua pihak yang akan terjejas ekoran rang undang-undang GEG. 

“Sehingga kini, kami tidak dirujuk mengenai Rang Undang-undang GEG dan tidak menerima sebarang taklimat mengenai pelaksanaan langkah-langkah yang dicadangkan seperti yang dilaporkan oleh media.”, jelas  Presiden MSCSPGA,  Wong Teu Hoon. 

Menurut beliau, pihaknya menyokong agenda Kementerian Kesihatan dalam mengurangkan jumlah perokok di Malaysia tetapi apa yang diharapkan adalah pandangan mereka juga patut  didengar dan dalam masa yang sama persatuan turut dijemput untuk berkongsi pendapat.

“Oleh itu, satu perundingan, taklimat dan kajian impak yang komprehensif harus diadakan dengan peruncit supaya kita dapat menambah baik bil GEG bersama-sama,’ katanya dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini. 

Selain itu, Presiden PRIMAS, J. Suresh menjelaskan, memandangkan Kementerian Kesihatan tidak dapat menyediakan penguatkuasa di setiap kedai runcit maka  peruncit adalah kumpulan yang menjadi barisan hadapan dalam melaksanakan rang undang-undang GEG. 

Gabungan 4 persatuan industri runcit suara pandangan berhubung GEG 2
Gambar hiasan

“Pengendali runcit akan menjadi individu penting  untuk menjalankan semakan kad pengenalan pelanggan tertentu sehingga boleh menyebabkan ketegangan tertentu dalam kedai. 

“Rang undang-undang itu yang tidak membenarkan mereka yang lahir selepas 2007 bekerja di kedai yang menjual rokok akan menyebabkan kos operasi untuk perniagaan kecil ini akan meningkat dan menyebabkan ramai yang gulung tikar,” jelasnya.

 Pada masa ini, jualan produk tembakau yang sah di kedai runcit membentuk 30 peratus daripada jumlah keuntungan semasa. 

GEG akan memberi kesan yang signifikan kepada keuntungan kedai runcit sewaktu negara sedang bersedia untuk menghadapi kemelesetan ekonomi global.

Sementara itu, Presiden FSGMAM, Hong Chee Meng menerangkan, pelaksanaan  GEG adalah tidak mudah untuk menguatkuasakan umur minimum peniaga menjual rokok atau alkohol. 

“Undang-undang ini berbeza kerana generasi GEG akan semakin tua setiap tahun,”ujarnya. 

Dalam pada itu, Presiden PRESMA, Datuk,  Jawahar Ali Taib Khan menjelaskan, memandangkan ramai peguam sudah mendakwa bahawa GEG bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan maka  peruncit tidak mahu diheret ke mahkamah apabila GEG akhirnya dicabar secara sah.

“GEG mungkin bertentangan dengan Perkara 8 perlembagaan yang mana  Perkara 8 itu menyatakan bahawa undang-undang mesti beroperasi sama ke atas semua orang dalam keadaan yang saksama. Ini bertentangan dengan prinsip kesaksamaan iaitu setiap individu berhak dilayan dalam keadaan yang sama,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE


Gabungan 4 persatuan industri runcit suara pandangan berhubung GEG 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list