Infotainment

Gagal Dirungkaikan Selama 42 Tahun, Ini Adalah Teori Misteri Yang Ditinggalkan Stephen Hawking

Gagal Dirungkaikan Selama 42 Tahun, Ini Adalah Teori Misteri Yang Ditinggalkan Stephen Hawking
Gagal Dirungkaikan Selama 42 Tahun, Ini Adalah Teori Misteri Yang Ditinggalkan Stephen Hawking 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sebuah coretan teori-teori yang membingunkan telah dibuat oleh Stephen Hawking dan bakal dipamerkan kepada umum buat pertama kali di pusat pameran di Muzium Sains London.

Teori di papan hitam yang masih terjaga sehingga kini dikatakan mengandungi teori aneh yang ditulis pada tahun 1980. Apa yang menariknya, teori-teori ini tidak pernah dapat diselesaikan oleh para saintis sehingga ke hari ini.

Menurut laman Science Alert, contengan pada papan hitam itu dibuat oleh Stephen Hawking semasa menyertai rakan fizik pada persidangan mengenai superspace dan supergraviti di Universiti Cambridge di England.

Semasa cuba menghasilkan ‘teori of everything’, Hawking menggunakan papan tersebut dengan beberapa persamaan teori yang lain.

Pihak muzium kini mengalu-alukan ahli fizik dan rakan saintis dari seluruh dunia untuk hadir ke muzium dengan harapan mereka dapat menguraikan teka-teki yang terdapat di sebalik coretan tulisan tangan Hawking.

Papan hitam ini bakal menyertai puluhan artifak Hawking, termasuk salinan Ph.D. tesis tentang pengembangan alam semesta, kerusi rodanya, dan jaket peribadi yang diberikan oleh pencipta “The Simpsons”.

Hawking dilahirkan di England pada 8 Januari 1942. Semasa belajar kosmologi di Universiti Cambridge pada tahun 1963, beliau telah disahkan menghidap penyakit neuron motor, lebih dikenali sebagai penyakit Lou Gehrig atau amyotrophic lateral sclerosis (ALS).

Kekurangan yang dialami olehnya tidak pernah menghalang beliau daripada terus berjaya. Dia telah berjaya mencipta pelbagai karya perintis mengenai lubang hitam, teori Big Bang dan relativiti am.

Stephen Hawking meninggal dunia di usia 76 tahun. Rujuk pautan di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut.

Stephen Hawking Meninggal Dunia Di Usia 76 Tahun

Kerusi Roda Dan Thesis Mendiang Stephen Hawking Akan Dilelong

IQ Anak Lelaki 11 Tahun Ini Atasi Einstein, Hawking dan Bill Gates

 


Gagal Dirungkaikan Selama 42 Tahun, Ini Adalah Teori Misteri Yang Ditinggalkan Stephen Hawking 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list