Berita

Gagal patuh SOP punca Kluster Pasai merebak ke 58 rumah panjang

Gagal patuh SOP punca Kluster Pasai merebak ke 58 rumah panjang 2

Putrajaya: Kluster Pasai yang menjangkiti 2,363 individu dan dikesan memasuki enam generasi, setakat ini, berpunca kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya dimaklumkan sehingga kini, Kluster Pasai merebak sehingga ke 58 rumah panjang di Sarawak.

Beliau berkata, penularan berlaku berikutan kes indeks yang pulang dari Johor untuk mengakhiri pengebumian mendiang bapanya, menjalani kuarantin wajib di rumah panjang yang kurang pengasingan.

“Adat pengebumian di rumah panjang selama tiga hari berturut-turut membabitkan pengunjung yang ramai dari rumah panjang lain.

“Pematuhan kepada SOP memang penting. Apabila individu terbabit berkumpul di rumah panjang, kurang pengasingan serta pematuhan kepada SOP,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan penularan Covid-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster Pasai turut menjangkiti seramai 46 petugas kesihatan.

Beliau berkata, setakat ini KKM masih menunggu laporan lengkap daripada makmal sama ada Kluster Pasai membabitkan mutasi pernah dikesan dan besar kemungkinan ia mutasi sedia ada iaitu D614G.

Gagal patuh SOP punca Kluster Pasai merebak ke 58 rumah panjang 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo