Artikel Terkini

(GAMBAR) Pilih Pokok Hutan Untuk Hasilkan Laman Mewah Dan “Less Maintenance”

(GAMBAR) Pilih Pokok Hutan Untuk Hasilkan Laman Mewah Dan "Less Maintenance" 2

Linear Landscape Sdn. Bhd., penyertaannya di dalam Malaysia Landscape Architecture Award yang dianjurkan oleh Institute of Landscape Architect Malaysia (ILAM) memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Syarikat perundingan landskap yang diasaskan oleh LAr. John Lew Thye Yong ini sering mendapat pengiktirafan disebabkan idea kreatifnya dalam menghasilkan sebuah reka bentuk landskap yang hebat.

(GAMBAR) Pilih Pokok Hutan Untuk Hasilkan Laman Mewah Dan "Less Maintenance" 3

161 Electic M adalah cetusan nilai seni bina Mediterranean yang telah digabungkan dengan elemen estetika tropika di Malaysia. Jika anda berada di perkarangan kediaman ini, rasa macam anda berada di kepulauan Mediterranean. Keseluruhan lot kediaman berkeluasan 21,085 kaki persegi di kelilingi dengan tanaman yang tidak memerlukan penjagaan yang rumit atau less maintenance.

“Pemilik mengimpikan sebuah kediaman sarat dengan latar landskap menghijau. Oleh itu sepanjang proses perbincangan dilakukan, penglibatan pemilik amat diperlukan bagi melancarkan urusan reka bentuk. Sebolehnya saya ingin merealisasikan impian pemilik di samping rekaan paling ideal buat kediamannya”, jelas pereka

Seluas 13,660 kaki persegi keluasan persekitaran kediaman ini diperuntukkan sebagai perimeter kawasan hijau semula jadi.
Melihat pada reka bentuk kediaman ini secara keseluruhan, terdapat tembok pagar padu melingkari garis sempadan kediaman yang memberi privasi optimum kepada pemilik. Di laluan pintu masuk kediaman, untuk kemasan driveway, pereka telah memilih material cobble stone sebagai kemasan. Kebaikan menggunakan cobble stone dengan konsep pemasangan interlocking ini secara tidak langsung menyelesaikan masalah water run off terutama ketika hujan.

(GAMBAR) Pilih Pokok Hutan Untuk Hasilkan Laman Mewah Dan "Less Maintenance" 4

(GAMBAR) Pilih Pokok Hutan Untuk Hasilkan Laman Mewah Dan "Less Maintenance" 5

(GAMBAR) Pilih Pokok Hutan Untuk Hasilkan Laman Mewah Dan "Less Maintenance" 6

Kalau dah kata konsep Mediterranean tu, tak lengkap tanpa ruang serbaguna atau plaza kan? plaza yang terbina harus dihiasi dengan elemen air sebagai elemen penyegar. Memercikkan lagi konsep yang di cadangkan, pemilihan jubin artisan dengan rekaan khas motif geometrik menjadi kemasan pada elemen air. ini.

Rimbunan Peltophorum pterocarpum yang sedia ada di hadapan lot kediaman di kekalkan untuk menyuntik suasana redup dan nyaman di kawasan parkir dan driveway. Memberi sokongan yang padu terhadap penataan gaya laman di ruang hadapan, pereka telah mereka sebuah laman subur di sudut hadapan kediaman dengan menghimpunkan pelbagai tumbuhan renek pelbagai tekstur dan warna. Menyeimbangi keperluan persekitaran agar ianya hadir dalam gaya semula jadi, pereka menyediakan sebuah kolam kecil yang menjadi habitat si teratai.

(GAMBAR) Pilih Pokok Hutan Untuk Hasilkan Laman Mewah Dan "Less Maintenance" 7

(GAMBAR) Pilih Pokok Hutan Untuk Hasilkan Laman Mewah Dan "Less Maintenance" 8
Selain itu, bagi memberi kemudahan kepada pemilik untuk menghayati sudut laman yang di gelar enchanted garden ini, laluan dari batu kelikir disediakan dalam bentuk organik dan ringkas. Laluan tersebut menghubungkan bahagian hadapan laman terus ke sisi kediaman yang menempatkan taman linear yang diberi nama The Creek.

“Nama ini di beri sempena terusan anak sungai yang dibina dari kolam teratai di bahagian hadapan, merintangi keseluruhan bahagian sisi lot kediaman ini. Secara tidak langsung aliran anak sungai yang mengalir menjadi instrumen alami menambah suntikan elemen semula jadi yang diimpikan pemilik”, Tambah pereka lagi.

Outdoor social space pemilik banyak tertumpu di bahagian belakang.  Sebuah kolam renang menjadi ciri utama mendominasi keseluruhan gaya dekorasi laman belakang. Pemilihan masonite tile rona biru memberi impak air kolam renang jernih bak kristal.

“Memperjelaskan lagi suntikan Mediterranean yang cuba dibawa, pemilihan jubin bermotif geometrik rona biru sekali lagi diterapkan pada dinding water curtain tersebut”. Tegas pereka yang cuba menzahirkan laman impian pemilik.

(GAMBAR) Pilih Pokok Hutan Untuk Hasilkan Laman Mewah Dan "Less Maintenance" 9 (GAMBAR) Pilih Pokok Hutan Untuk Hasilkan Laman Mewah Dan "Less Maintenance" 10  (GAMBAR) Pilih Pokok Hutan Untuk Hasilkan Laman Mewah Dan "Less Maintenance" 11

(GAMBAR) Pilih Pokok Hutan Untuk Hasilkan Laman Mewah Dan "Less Maintenance" 12

(GAMBAR) Pilih Pokok Hutan Untuk Hasilkan Laman Mewah Dan "Less Maintenance" 13
Selain daripada binaan kejur, pereka turut melakukan pemilihan soft landscape yang teliti. Setiap tumbuhan atau tanaman yang digunakan untuk menghiasi laman ini disusun secara organik. Pemilihan pokok-pokok hutan seperti Muraya paniculata, Sandoricum koetjape, Eugenia syzyades, Eugenia campanulata menyatu membentuk kanopi padat menyuntik ambien segar.

Pereka memilih untuk menggunakan batu kerikil menghampari keseluruhan ruang kerana selain ia mudah dijaga, ia juga mampu menyelesaikan masalah ruang. Ini disebabkan oleh kawasan tersebut terlindung dari kanopi pokok yang memagari keseluruhan lot kediaman ini. Hal ini menyebabkan ruang tersebut tidak telus cahaya dan menyukarkan pertumbuhan rumput.

 

(GAMBAR) Pilih Pokok Hutan Untuk Hasilkan Laman Mewah Dan "Less Maintenance" 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link