Berita

Gara-gara Amani, Hannah Delisha diminta tanggal tudung

Gara-gara Amani, Hannah Delisha diminta tanggal tudung 1

Gara-gara Amani, Hannah Delisha diminta tanggal tudung 2

Kuala Lumpur: Impak daripada watak Amani yang dibawa dalam drama bersiri Cinta Sekali Lagi, Hannah Delisha pernah menerima mesej daripada netizen yang memintanya membuka tudung. 

Menurutnya, mesej itu diterima di Instagram daripada netizen yang juga penonton setia drama bersiri itu. 

“Ada yang menghantar mesej meminta saya tanggalkan tudung kerana watak Amani lakonan saya itu terlalu jahat,” katanya kepada Harian Metro. 

Hannah bagaimanapun menganggap komen-komen itu sebagai satu impak positif untuk karier lakonannya. 

“Apabila saya terima komen daripada netizen, saya akan nilai semula dan bila ramai yang sakit hati dengan watak Amani, itu menunjukkan saya berjaya membawakannya dengan baik. Walaupun membawa watak itu satu tugas berat, namun saya cabar diri untuk membawa suatu kelainan buat penonton dan peminat,” katanya. 

Walaupun sudah tamat tayangannya, impak drama Cinta Sekali Lagi masih lagi dirasakan terutamanya watak antagonis lakonan Hannah itu. 

Selain Hannah, drama bersiri yang ditayangkan di TV3 itu juga dibarisi barisan pelakon hebat antaranya Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Raja Afiq dan ramai lagi.

Gara-gara Amani, Hannah Delisha diminta tanggal tudung 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo