Berita

Gara-gara basikal KJ… | Harian Metro

Gara-gara basikal KJ... | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: “Pada awalnya, terkejut dan marah juga kerana harga basikal itu boleh beli sebuah kereta. Selepas suami jelaskan barulah saya faham,” kata ibu anak tiga yang hanya mahu dikenali sebagai Nilam, 36.

Nilam yang juga pensyarah di sebuah universiti swasta di Shah Alam memberi reaksi itu ketika ditanya mengenai ciapannya di Twitter yang tular sejak semalam.

Menerusi ciapan itu, Nilam tidak menyangka basikal jenama sama milik suaminya itu berharga lebih RM45,000 seperti yang dikongsi akaun Twitter @theborneoghost.

“Namun, suami jelaskan harga basikal miliknya itu lebih murah kerana ia model lama bukannya seperti basikal model terbaru milik YB KJ (Khairy Jamaluddin Abu Bakar),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, dia sentiasa menyokong minat suaminya yang berusia 37 tahun dalam sukan berbasikal.

“Sudah tiga tahun suami menjadikan sukan ini sebagai hobi bermula dengan meminati aktiviti berbasikal di hutan menggunakan ‘mountain bike’.

“Namun, menyedari sukan itu terlalu ekstrem dan berisiko, suami kini memilih aktif dalam aktiviti berbasikal di jalan raya bersama kumpulan rakannya,” katanya.

Nilam berkata, dia tidak menghalang suaminya yang juga seorang jurutera dalam industri minyak dan gas memiliki basikal idamannya selagi suaminya itu mampu.

“Saya tidak pernah menghalang dia membeli basikal puluhan ribu kerana sukan itulah yang menjadi aktiviti riadahnya selepas berhari-hari bekerja di platform (offshore),” katanya yang menetap di Shah Alam bersama keluarganya.

Ditanya mengenai harga sebenar jenama basikal terkemuka, Pinarello milik suaminya itu, Nilam berkata, dia tidak mahu mendedahkannya tetapi yang pasti ia juga berharga puluhan ribu.

Katanya, basikal yang dibeli suaminya itu juga bukanlah tiruan seperti yang diperkatakan warganet.

“Akaun Twitter dan ciapan itu hanya dikongsi untuk suka-suka dan tidak sangka ia tular.

“Ramai juga yang cuba ‘back up’ suami supaya saya tidak memarahinya kerana harga basikal itu sehingga mengatakan ia adalah ‘copy ori’,” katanya.

Terdahulu, ciapan yang dimuat naik Nilam tular di Twitter sehingga mendapat lebih 19,000 kali ulang ciap dan 22,000 tanda suka.

Menerusi ciapan itu, Nilam memuat naik gambar tangkap layar ciapan @theborneoghost mengenai harga basikal jenama Pinarello milik Khairy berharga lebih RM45,000 dan gambar basikal janama sama milik suaminya.

Sementara itu, tinjauan wartawan di platform e-dagang, eBay mendapati basikal jenama Pinarello kategori ‘road bike’ pelbagai model berharga antara RM5,000 sehingga RM50,000 tidak termasuk caj penghantaran.

Gara-gara basikal KJ... | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo