Infotainment

Gara-Gara Tak Puas Hati, Ayah Pesakit Tendang Jururawat

Gara-Gara Tak Puas Hati, Ayah Pesakit Tendang Jururawat 2

Kini Trending

Gara-Gara Tak Puas Hati, Ayah Pesakit Tendang Jururawat 3

Seorang jururawat menjadi mangsa keadaan selepas seorang bapa pesakit tidak puas hati dengan layanan yang telah diberikan di Hospital Siloam Srivijaya, Indonesia pada Khamis lalu.

Gara-Gara Tak Puas Hati, Ayah Pesakit Tendang Jururawat 5

Menurut Tribun News, mangsa yang bernama Christina Ramauli telah ditendang pada perut, ditampar dan ditarik rambutnya oleh bapa kepada pesakit sebelum dia diminta untuk sujud bagi memohon maaf.

Menurut Ketua Bahagian Pembangunan Kejururawatan, ketika kejadian berlaku suspek yang ddikenali sebagai JT ingin menjemput anak lelakinya itu untuk pulang ke rumah selepas empat hari dirawat di hospital berkenaan akibat penyakit radang paru-paru.

Mangsa yang sedang melakukan tugasnya seperti biasa mengikut prosedur seperti mencabut water drip lalu menggunakan kapas alkohol dan kemudiannya menampal plaster, namun akibat pesakit yang sedang aktif menyebabkan darah keluar sehingga plaster tercabut.

Disebabkan anaknya yang berusia dua tahun sedang aktif walaupun didukung, darahnya keluar sehinggakan plaster tercabut.

Gara-Gara Tak Puas Hati, Ayah Pesakit Tendang Jururawat 7

Dengan keadaan sebegitu ibu pesakit berkenaan terus panik dan mengadu kepada pihak pengurusan sebelum jururawat menggantikan dengan kapas yang baru. Ibu kepada pesakit berkenaan merasa tidak puas hati lalu mengadu kepada suaminya.

Gara-gara isterinya mengadu, kekecohan antara ibu bapa pesakit dengan jururawat berkenaan terjadi dan telah dibantu oleh beberapa para petugas yang berada di situ untuk meleraikan keadaan berkenaan.

Suspek ditahan oleh pihak polis dan telah mengaku tidak mampu menahan emosinya lalu bertindak dengan kasar ketika mendapat tahu tangan anaknya berdarah selepas jarum water drip dicabutkan.

 Sumber : Kompas , Tribun News


Gara-Gara Tak Puas Hati, Ayah Pesakit Tendang Jururawat 9

The following two tabs change content below.



Gara-Gara Tak Puas Hati, Ayah Pesakit Tendang Jururawat 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo