Berita

Gelang merah jambu elak warga asing keluar tapak pembinaan

Gelang merah jambu elak warga asing keluar tapak pembinaan 2

Kuala Lumpur: Dua lelaki warga asing yang dipakai gelang merah jambu bagi mengelak mereka keluar dari sebuah tapak pembinaan di ibu kota selepas ujian saringan dijalankan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki terbabit antara 264 pekerja tapak binaan yang disaring Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, walaupun dipakaikan gelang merah jambu mereka masih boleh bergerak di dalam tapak pembinaan berkenaan.

“Mereka berada di dalam kawasan tapak bina dan dipakaikan gelang kerana bukan warganegara untuk mengelakkan daripada keluar dari tapak bina.

“Tetapi mereka masih boleh bergerak di dalam tapak bina kerana ia saringan awam dan bukan saringan kontak rapat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam ini.

Dr Noor Hisham berkata, pemaju sudah diminta untuk memastikan semua yang disaring berada dalam kawasan tapak bina.

Katanya, selain itu, dua pengawal keselamatan diletak di pintu masuk tapak bina dan pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju juga melakukan pemantauan setiap hari.

Beliau berkata, pemaju juga dinasihatkan untuk melakukan kerja disinfeksi pada Jumaat dan Ahad lalu.

“Pemaju memberhentikan operasi buat sementara waktu kerja pembersihan dan nyah cemar sehingga keputusan saringan diperoleh Ahad lalu.

“Hasil saringan terdapat satu kes positif sahaja tetapi kes ini tidak tinggal di tapak bina dan menetap di luar tapak bina.

“Terdapat kontak rapat seramai lapan orang kini dikuarantin selama 14 hari sehingga Jumaat ini,” katanya.

Terdahulu, tular di FB semalam gambar dan video pekerja warga asing di sebuah tapak binaan yang bebas bekerja walaupun memakai gelang merah jambu.

Penularan itu mencetuskan kebimbangan orang ramai susulan peningkatan kes mendadak sejak akhir-akhir ini.

Gelang merah jambu elak warga asing keluar tapak pembinaan 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo