Infotainment

Google Nest Hub Dengan Sistem Operasi Fuchsia 1.0 Tersenarai Di Laman Bluetooth SIG – Amanz

Google Nest Hub Dengan Sistem Operasi Fuchsia 1.0 Tersenarai Di Laman Bluetooth SIG – Amanz 2

Sudah lebih lima tahun Google membangunkan sistem operasi terbaru mereka, Fuchsia. Tetapi sehingga hari ini masih tiada peranti yang hadir dengan sistem operasi ini. 2017 Google memperlihatkan rekaan antaramuka serba baharu untuk telefon pintar, yang mana diubah semula pada tahun 2018. Fuchsia dikatakan akan terus menjayakan sistem operasi Android sehingga lima tahun, boleh menjalankan aplikasi Android, dan mungkin juga akan menyokong sistem seakan macOS di mana iOS boleh dijalankan bersama – tetapi Fuchsia membolehkan Android dan Linux dijalankan secara natif.

Fuchsia

Dengan mengambil kakitangan veteran Apple, Fuchsia semakin dekat ke arah pelancaran. Terkini, peranti Google Nest Hub (nama asal Google Home Hub) dengan sistem operasi Fuchsia 1.0 mula disenaraikan di laman Bluetooth SIG. Aneh sekali, Google Nest Hub ini adalah versi 2018 dan bukannya versi baru yang dilancarkan dua bulan lalu yang ada sensor Soli.

Google Nest Hub Dengan Sistem Operasi Fuchsia 1.0 Tersenarai Di Laman Bluetooth SIG – Amanz 3

Ini memberikan petanda yang mungkin Fuchsia akan dilancarkan sebagai sistem operasi untuk peranti berhubung terlebih dahulu. Selama ini, produk peranti berhubung Nest Google menjalankan sistem operasi tersendiri berasaskan sistem Chromecast. Pada lama Bluetooth ini, peranti ini disenaraikan sebagai peranti penstriman video interaktif. Ini mungkin hanya menjelaskan yang paparan pintar Google boleh menstrim video YouTube, Netflix atau Disney+ yang mana perlu dicast daripada peranti.

Walaupun begitu, pengguna masih tidak boleh menguji sistem operasi ini pada Nest Hub masing-masing. Tidak kiralah jika pengguna sudah mendaftarkan diri untuk akses awal ciri/fungsi baru kerana sistem sekuriti pada peranti seperti Nest Hub tidak membenarkan perisian beta yang tidak siap sepenuhnya dijalankan.

Google Nest Hub Dengan Sistem Operasi Fuchsia 1.0 Tersenarai Di Laman Bluetooth SIG – Amanz 4

Menjadikan sistem operasi Fuchsia kekal misteri. Harapnya kita tidak lagi perlu tunggu sehingga lima tahun dan akan dapat melihat produk dengan Fuchsia OS menjadi realiti dalam masa terdekat. Mungkin Google I/O 2021 yang akan berlangsung tidak lama lagi akan mengumumkan sesuatu? Google turut telah menerbit dokumen Bluetooth Fuchsia untuk rujukan para pembangun. Sama-sama kita nantikan.

Google Nest Hub Dengan Sistem Operasi Fuchsia 1.0 Tersenarai Di Laman Bluetooth SIG – Amanz 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo