Berita

Gred doktor kontrak diselaras lantikan tetap

Gred doktor kontrak diselaras lantikan tetap 1

Gred doktor kontrak diselaras lantikan tetap 2

Putrajaya: Gred Pegawai Perubatan Kontrak dan Pegawai Pergigian Kontrak Gred UD41 diselaraskan kepada Gred UD43, setara dengan pegawai lantikan tetap.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kerajaan meluluskan permohonan pihaknya untuk pelarasan gred itu sebagai menghargai perkhidmatan yang diberikan dan membolehkan pegawai menerima emolumen yang setara dengan pegawai lantikan tetap.

“Sebelum ini, kementerian banyak menerima permohonan daripada pelbagai pihak supaya meminta kerajaan mempertimbangkan pelarasan gred berkenaan.

“Maka, kelulusan ini diberikan bersesuaian dengan pendekatan Malaysia Prihatin yang diamalkan kerajaan pada masa ini dan selaras prinsip upah mengikut kerja.

“Ini kerana Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian lantikan kontrak turut memikul beban tugas yang setara dengan lantikan tetap yang dinaikkan pangkat ke Gred UD44 selepas memenuhi syarat kenaikan pangkat dan tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya dua tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mengikut perbekalan skim perkhidmatan, lantikan kontrak Gred UD43 pula adalah setara dengan gred kenaikan pangkat UD44.

Beliau turut berharap pelarasan itu memberi impak positif ke arah memperkukuhkan keharmonian organisasi dan meningkatkan lagi motivasi pegawai dalam memberikan perkhidmatan.

Gred doktor kontrak diselaras lantikan tetap 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo