Berita

Guardiola lega Jesus kembali menyerlah

Guardiola lega Jesus kembali menyerlah 2

Manchester: Pep Guardiola menarik nafas lega menjelang aksi getir Liga Perdana menentang Liverpool, Ahad ini selepas Gabriel Jesus yang kembali pulih daripada kecederaan menjaringkan gol ketika Manchester City menewaskan Olympiakos 3-0 dalam saingan Liga Juara-Juara.

City mencerahkan peluang mara ke peringkat 16 terakhir selepas meraih sembilan mata maksimum daripada tiga perlawanan dalam Kumpulan C dengan dibantu ketajaman penyudah Ferran Torres.

Pemain Sepanyol itu muncul pemain ketiga termuda menjaringkan gol dalam empat perlawanan berturut-turut Liga Juara-Juara selepas dia membuka tirai jaringan pada minit ke-12.

Bagaimanapun, kelab Inggeris itu berdepan masalah di bahagian serangan dalam saingan Liga Perdana dengan ketiadaan penyerang, Jesus dan Sergio Aguero yang berdepan kecederaan pada permulaan musim.

GAYA Torres  meraikan jaringan pertama City. FOTO AFP
GAYA Torres meraikan jaringan pertama City. FOTO AFP

Jesus dimasukkan pada babak kedua untuk meningkatkan tahap kecergasan dan hanya memerlukan 11 minit meledak gol menerusi rembatan melepasi jangkauan Jose Sa untuk menggandakan jaringan City.

“Kami bermain cemerlang pada babak pertama tetapi malangnya gagal menamatkan perlawanan, kami bergelut mencari gol kedua,” kata Guardiola.

“Akhirnya, jaringan hebat Gabriel melegakan kami dan khabar menggembirakan ialah dia sudah kembali.”

Hantaran satu dua Kevin De Bruyne bersama Torres membolehkan pemain Sepanyol itu meletakkan tuan rumah di depan menerusi rembatan untuk gol keempatnya sejak berpindah dari Valencia pada Ogos lalu.

Guardiola melakukan lima pertukaran ke atas kesebelasan yang menewaskan Sheffield United pada Sabtu lalu dengan menghalakan fokus pertembungan dengan Liverpool.

Kapten City, De Bruyne sekali lagi menjadi nadi kepada jaringan kedua dengan menghantar bola kepada Jesus yang tangkas meluru ke dalam kotak penalti sebelum meledak kencang ke penjuru gawang.

“Ia baik untuk saya, ” kata Jesus. “Apabila saya cedera, saya tidak gembira. Saya perlu jalani proses pemulihan dengan intensif kerana saya mahu berada di atas padang membantu pasukan.”

Joao Cancelo yang masuk daripada bangku simpanan melengkapkan kemenangan City menerusi rembatan pada minit akhir perlawanan.

Guardiola lega Jesus kembali menyerlah 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo