Berita

Guna Boost dapat pulangan tunai di Petron, Watsons

Guna Boost dapat pulangan tunai di Petron, Watsons 1

Guna Boost dapat pulangan tunai di Petron, Watsons 2

PELANGGAN Petron kini berpeluang untuk menikmati ganjaran lebih menarik dengan memperolehi pulangan tunai sebanyak RM3 bagi pembelian di Watsons dan sebaliknya apabila mereka menggunakan aplikasi e-dompet, Boost.

Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata, sebanyak 80,000 pulangan tunai bernilai sehingga RM240,000 boleh diperolehi melalui aplikasi Boost sepanjang tempoh promosi.

“Pelanggan berpeluang untuk mendapat pulangan tunai sehingga empat kali dari kedua-dua Petron dan Watsons apabila menggunakan aplikasi Boost.

“Pelanggan harus membelanjakan jumlah minima RM30 dalam satu pembelian menggunakan aplikasi Boost di Watsons yang terpilih untuk mendapatkan pulangan tunai sebanyak RM3 bagi pembelian bahan bakar di Petron.

“Malah, pelanggan juga akan mendapat pulangan tunai RM3 untuk pembelian di Watsons setiap kali mereka membelanjakan RM30 dalam satu pembelian menerusi Boost di stesen Petron terpilih.

“Pulangan tunai ini akan dikreditkan ke dalam e-dompet dalam akaun Boost pelanggan dan boleh digunakan dengan jumlah pembelian minima RM30 bagi pembelian seterusnya,” katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, kerjasama dengan Boost dan Watsons adalah untuk memberi penghargaan kepada pelanggan Petron melalui pemberian lebih ganjaran apabila mereka mengisi minyak di Petron.

“Selain itu, mereka akan diberikan dua mata ganjaran PMiles untuk setiap liter pembelian melalui program kad PMiles,” katanya.

Promosi ini berlangsung sejak 1 November hingga 31 Disember 2020. Kesemua pulangan tunai perlu digunakan sebelum 14 Januari 2021.

Guna Boost dapat pulangan tunai di Petron, Watsons 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo