Berita

Gundogan sedia pacu Jerman | Harian Metro

Gundogan sedia pacu Jerman | Harian Metro 2

Leipzig: Pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan berkata, Covid-19 mengubah persepsinya terhadap wabak itu ketika dia bersiap sedia berdepan tugasan antarabangsa bersama Jerman.

Pemain berusia 30 tahun itu terlepas beberapa aksi Liga Perdana pada September lalu selepas dijangkiti virus itu yang diakuinya telah mengubah persepsinya.

“Saya memandang mudah koronavirus sebelum saya dijangkiti dan selepas itu persepsi saya berubah,” kata Gundogan menjelang aksi persahabatan menentang Republik Czech di Leipzig.

“Ia bukan sahaja menjejaskan anda secara fizikal tetapi juga psikologi.”

Ia detik sengsara buat pemain tengah itu yang mengalami keletihan melampau dan kehilangan deria rasa.

Gundogan kini kembali pulih dan mendapat rentak selepas menjaringkan dua gol dalam tiga aksi terakhirnya dalam kempen Liga Juara-Juara.

Dengan pemain Bayern Munich, Joshua Kimmich tersisih sehingga Januari akibat kecederaan lutut, jurulatih Jerman, Joachim Loew berkata, Gundogan menjadi nadi utama untuk aksi Liga Negara-Negara menentang Ukraine pada Ahad dan Sepanyol, Selasa depan.

Gundogan sedia pacu Jerman | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo