Artikel Terkini

Halier & Co raih RM14,000 sebulan

Halier & Co raih RM14,000 sebulan
Halier & Co raih RM14,000 sebulan 1

RAWANG – Ilham mencipta kelainan dalam masakan serunding telah berjaya mengubah nasib seorang wanita apabila formulanya mencampurkan halia dalam resipi makanan mendatangkan hasil yang lumayan serta diterima pelanggan.

Berkongsi kisahnya, Nurzaihan Mohd. Mokhtar berkata, idea menghasilkan masakan tersebut bermula selepas dia melakukan kajian di Sabah dan Sarawak tentang kebaikan serunding halia.

“Menerusi kajian dilakukan, serunding halia sudah popular di Sabah dan Sarawak tetapi masih lagi jarang ditemui di Semenanjung. Dari situ saya mendapat idea untuk menghasilkan serunding halia.

“Pada mulanya saya hanya mempromosikan serunding halia kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.

“Maklum balasnya positif dan membuatkan saya teruja serta lebih bersemangat untuk menghasilkan produk ini.

“Bagi memastikan kualiti terjaga dan terus diterima pelanggan, saya sentiasa cuba memperbaiki produk menerusi maklum balas daripada pelanggan, contohnya dahulu serunding yang dihasilkan bertekstur kasar dan susah untuk dimakan, kini serunding saya lebih halus mengikut kehendak pelanggan,” katanya kepada Kosmo!.

Beliau yang berkecimpung dalam bidang katering sebelum ini berkata, serunding halia juga memiliki keistimewaannya tersendiri kerana bukan sahaja sesuai untuk wanita berpantang, malah boleh juga dinikmati oleh semua peringkat umur.

Jelasnya, selain serunding halia, beliau menerusi syarikatnya, iaitu Halier & Co turut menghasilkan produk kudapan tradisional lain yang boleh dimakan terus ataupun sebagai hiasan dan penambah rasa dalam hidangan.

“Serunding halia ini amat sesuai untuk wanita berpantang kerana boleh memanaskan badan, membuang angin berlebihan, membantu membuang toksin dan membantu menurunkan berat badan. Malahan kesemua pilihan kudapan tradisional keluaran Halier & Co iaitu Serunding Halia, Bawang Putih Rangup, Peria Rangup dan Pegaga Rangup sungguh enak dimakan bersama nasi putih dan bubur nasi,” ujar Nurzaihan.

Pemilik perniagaan yang bertapak di Kampung Melayu Sri Kundang, Rawang itu menambah, selain suami, dia memiliki dua orang pembantu yang dapat menghasilkan kira-kira 100 kilogram (kg) serunding halia, 30kg peria, 30kg pegaga dan 30kg bawang putih sehari.

Mengulas lanjut, Nurzaihan menerangkan, perusahaan kudapan tradisional itu kini mampu menghasilkan jualan purata antara 400 dan 500 pek bungkusan sebulan hasil penglibatannya sebagai Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sejak tiga tahun lalu.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada AIM kerana bimbingan, tunjuk ajar dan modal pusingan yang telah diberikan membolehkan saya menjalankan perniagaan Halier &Co.

“Pinjaman kali pertama yang saya buat adalah sebanyak RM3,000. Modal yang diperolehi itu saya gunakan sepenuhnya untuk membeli kelengkapan dan mesin yang membantu mempercepatkan proses pengeluaran produk seperti mesin mengupas kulit halia,” jelasnya.

Ujar ibu kepada empat cahaya mata ini, sehingga kini dia telah membuat pinjaman modal sebanyak lima kali dengan jumlah keseluruhan RM14,000 untuk dijadikan modal pusingan dan pembungkusan serta pembelian bahan-bahan mentah.

Kata beliau, setiap pek produk Halier & Co dijual pada harga RM20 dan boleh dibeli menerusi laman Facebook dan Instagram Halier & Co selain di Shopee Shop Halier & Co.

Untuk maklumat lanjut untuk menjadi ejen atau dropship, boleh hubungi terus Nurzaihan di talian 012-369 7032.


Halier & Co raih RM14,000 sebulan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo