Infotainment

Hamil Empat Bulan, Izreen Azminda Teringin Anak Perempuan

Hamil Empat Bulan, Izreen Azminda Teringin Anak Perempuan 2

Timbul spekulasi berbadan dua, pelakon Izreen Azminda mengesahkan dirinya kini hamil anak ketiga dan usia kandungan sudah mencecah empat bulan.

Tiada niat untuk menyembunyikan kehamilan, Izreen berkata cukup jika hanya ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja yang tahu.

BACA: Izreen Azminda Akui Hidup Lebih Bahagia Lepas Maafkan Orang Lain

“Ya, memang saya hamil empat bulan. Alhamdulillah saya dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat.

“Saya tidak pernah sembunyikan kehamilan. Cuma ini adalah kehamilan ketiga, jadi tidak ada apa yang perlu dihebohkan. Memadai keluarga dan teman rapat sahaja yang tahu,” katanya.

Hamil Empat Bulan, Izreen Azminda Teringin Anak Perempuan 3

Dalam pada itu, Izreen berkata dia mengimpikan untuk menimang cahaya mata perempuan selepas memiliki dua anak lelaki.

“Memang saya berharap untuk mendapat anak perempuan pula, tetapi rezeki semua di tangan Allah. Andai dapat anak lelaki juga saya terima dan tetap gembira. Saya hanya mohon doa agar anak dilahirkan dalam keadaan sihat” katanya.

Berkongsikan proses kehamilan ketiganya itu, Izreen berkata mempunyai alahan terhadap bau minyak masak selain berasa pening jika menaiki kereta.

“Pada awal kehamilan saya mengalami alahan yang agak teruk dan tidak boleh bau minyak masak, jadi saya jarang memasak.

“Selain itu saya akan mabuk teruk jika duduk di tempat penumpang ketika menaiki kereta. Oleh itu, lebih baik saya yang memandu untuk mengelak berasa loya,” katanya.

Untuk rekod, ini adakah kandungan kedua hasil perkahwinan Izreen dengan pemuzik bebas, Ude yang dikahwini pada 8 Ogos 2017.

Terdahulu, Izreen turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin.



Hamil Empat Bulan, Izreen Azminda Teringin Anak Perempuan 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo