Infotainment

Hans Isaac Bakal Bertanding PRU15?

Hans Isaac Bakal Bertanding PRU15? 2

Nampaknya mungkin selepas ini pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac bakal terjun ke dunia politik apabila namanya disebut-sebut akan bertanding sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Ampang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Namun, Hans berkata ia terpulang kepada parti dan juga masyarakat setempat sama ada mahu memilihnya sebagai calon atau pun sebaliknya. Jelasnya, objektifnya pada ketika ini adalah untuk membantu masyarakat di Ampang.

BACA: Hans Isaac Pulangkan Gaji Selama 13 Bulan Sebagai Pengerusi FINAS

“Objektif saya adalah untuk terus memberikan fokus bagi membantu masyarakat di Ampang. Berhubung sebarang pencalonan untuk PRU15 di Ampang, ia terpulang kepada Presiden, parti dan masyarakat Ampang,” katanya.

Hans berkata pasukannya dikenali “Kita Budak Ampang” memberi fokus kepada program sosial bagi membantu masyarakat. Katanya lagi, politik di negara ini memerlukan calon muka baru apabila dilihat didominasi ramai ahli politik yang lebih berusia.

“Kita mempunyai individu lama yang sama dalam arena politik dan itulah sebab rakyat Malaysia tidak berminat dengan politik. Kita memerlukan perubahan untuk masa depan yang lebih cerah tetapi ia merupakan tanggungjawab kita untuk memilih dan membuat perubahan tersebut.

“Saya faham rakyat kecewa, tetapi kita tidak boleh berputus asa dan ia sememangnya hak kita untuk memilih jalan yang betul,” katanya.

Untuk rekod, PKR kini tidak mempunyai wakil rakyat di kerusi Parlimen Ampang selepas pemecatan bekas Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin daripada parti tersebut.



Hans Isaac Bakal Bertanding PRU15? 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo