Infotainment

Hantarkan Karya Potret Terbaik Anda Untuk Pertandingan Fotografi OPPO Renovators

Hantarkan Karya Potret Terbaik Anda Untuk Pertandingan Fotografi OPPO Renovators
Hantarkan Karya Potret Terbaik Anda Untuk Pertandingan Fotografi OPPO Renovators 1

Baru sahaja beberapa bulan lepas OPPO menganjurkan 2121 Malaysia Future Photography, kali ini mereka kembali dengan pertandingan seterusnya yang turut memfokuskan fotografi. Serentak dengan pelancaran siri terbaru OPPO Reno6 ini, mereka menganjurkan program OPPO Renovators 2021.

Menerusi program OPPO Renovators 2021, ia merupakan platform bagi mencungkil bakat dan menyerlahkan kemahiran golongan muda dalam menyatukan seni dan teknologi. Dan menerusi pertandingan ini juga, OPPO yang sinonim dengan pengimejan berkualiti tinggi pada peranti telefon pintar ingin peserta berkongsi karya gambar potret tercantik yang dirakamkan.

Hantarkan Karya Potret Terbaik Anda Untuk Pertandingan Fotografi OPPO Renovators
Hantarkan Karya Potret Terbaik Anda Untuk Pertandingan Fotografi OPPO Renovators 7

Tatacara pertandingan

Tema pertandingan kali ini adalah ‘Emosi’, dengan dua kategori tersedia iaitu kategori umum dan juga kategori ‘Merdeka’ sempena bulan kemerdekaan. Tatacara pertandingan adalah seperti berikut.

  1. Hantarkan gambar potret MENERUSI INSTAGRAM yang mempamerkan ‘Emosi’ dengan pilihan kategori ‘Umum’: #MYEmotionInPortrait, atau pilihan kategori ‘Merdeka’ : #MerdekaInPortrait
  2. Sertakan tanda tagar berikut didalam hantaran Instagram anda =  #OPPORenovators #OPPOReno6Z5G + #Pilihan kategori anda (Umum atau Merdeka) + #AmanzxOPPORenovators
  3. Sila pastikan anda hanya meletakkan hashtag #AmanzxOPPORenovators dan tidak meletakkan tanda tagar media yang lain. Sebarang hantaran gambar dengan tanda tagar media yang lain tidak akan dikira penyertaannya. 
  4. Anda boleh menerangkan maksud disebalik gambar tersebut dan wajib untuk tag akaun instagram @oppomalaysia didalam hantaran instagram anda. 
  5. Setiap peserta akan menerima kod diskaun RM 100 untuk pembelian Reno6 Z atau Reno6 namun pembelian hanya terhad untuk 100 pembeli pertama yang menggunakan kod diskaun tersebut, Hanya 1 kupon untuk 1 pengguna, dan penebusan kod diskaun RM 100 ini sah sehingga 5 Oktober 2021.
  6. Kod penebusan ini hanya boleh ditebus di kedai atas talian OPPO Online Store, dengan pilihan OPPO2U Delivery Service.

Pemilihan pemenang

Hantarkan Karya Potret Terbaik Anda Untuk Pertandingan Fotografi OPPO Renovators 3

Pertandingan ini akan berlangsung dari 28 Ogos sehingga 27 September 2021, dengan 2 pemenang setiap minggu akan diumumkan, mengikut dua kategori yang ditetapkan. Di akhir pertandingan, akan terdapat 6 pemenang utama, dengan 5 hadiah saguhati akan diumumkan. Berikut merupakan senarai hadiah. 

Pemenang Mingguan dari Minggu 1- Minggu 4: OPPO Enco Air x 2 pemenang (Jumlah 8 pemenang)

Pemenang Utama

  • Johan: OPPO Reno6 x 1 pemenang
  • Naib Johan: OPPO Reno6 Z x 2 pemenang
  • Tempat Ketiga: OPPO Enco X x 3 pemenang
  • Saguhati: OPPO Band x 5 pemenang

Terdapat juga Pemenang Paling Utama yang akan dipilih oleh OPPO, merangkumi kesemua peserta termasuklah dari media lain dan hadiahnya berupa wang tunai RM 4,000 untuk Johan, RM 2,000 untuk Naib Johan dan RM 1,000 untuk tempat ketiga. 

Pemenang akan dihubungi menerusi mesej peribadi (DM) Instagram bagi tujuan pengesahan dan penghantaran hadiah. Anda mempunyai masa bermula 28 Ogos sehingga 27 September 2021 dan anda bebas untuk menghantarkan seberapa banyak karya, dengan tatacara pertandingan yang perlu diikuti. Semoga berjaya!

Hantarkan Karya Potret Terbaik Anda Untuk Pertandingan Fotografi OPPO Renovators 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo