Berita

Hantu bonceng 2.0 ‘masuk’ rumah

Hantu bonceng 2.0 'masuk' rumah 2

FILEM pecah panggung, Hantu Bonceng dengan kutipan pawagam lebih RM8.5 juta kembali selepas 10 tahun menerusi filem terbaharu, Hantu Bonceng 2.0.

Filem seram komedi itu masih mengekalkan genre terdahulu, tetapi dengan jalan cerita yang lebih segar, mutu produksi yang lebih tinggi, barisan pelakon berbakat besar serta pengarah serba boleh, Datuk Yusry Abd Halim.

Istimewa buat penonton dan penggemar filem tempatan, Astro Shaw membawakan filem Hantu Bonceng 2.0 terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula esok.

Tidak akan lengkap tanpa watak utamanya, Amran yang dijayakan pemenang Artis Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH tiga tahun berturut-turut iaitu Zizan Razak bersama pelakon Taiyuddin Bakar sebagai Kunyit.

Selain itu, filem ini menyaksikan kemunculan watak baharu lakonan Shiha Zikir, Joey Daud, Atu Zero, Chew Kin Wah, Acong Sweetchild, Sharif Zero, Amir Raja Lawak, Soya, Erryn Abdullah, Rashdan Baba dan pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-29, Sangeeta Krishnasamy.

Menurut Penerbit Eksekutif Hantu Bonceng 2.0, Datuk Azlan Shah Jaffril, walaupun selepas 10 tahun, jenama Hantu Bonceng masih segar dalam ingatan penonton.

“Filem terdahulu meraih sambutan hangat di pawagam Malaysia, Singapura, Brunei. Meskipun selepas 10 tahun ia ditayangkan, namun jenama Hantu Bonceng masih segar dalam kalangan peminat filem tanah air dan kesinambungannya sering dinantikan oleh penonton.

“Jalan ceritanya juga masih relevan sehingga kini. Rentetan daripada itu, kami berasakan kini adalah masa yang tepat untuk hasilkan Hantu Bonceng 2.0 dan yakin Astro First adalah platform yang tepat untuk menayangkan filem ini. Dengan kemampuan Astro dalam memasarkan filem, kami percaya filem ini dapat dibawa secara menyeluruh kepada penonton sasaran.

“Sementara itu, mengenai pemilihan barisan perlakon, selain masih mengekalkan tonggak utama Zizan Razak dan Taiyuddin Bakar, filem ini turut mempertaruhkan bakat serba boleh penyanyi terkenal, Shiha Zikir.

SHIHA turut berlakon.
SHIHA turut berlakon.

“Bakat yang ditonjolkan di dalam segmen parodi MeleTop dan program realiti Muzikal Lawak Superstar (MLS) terdahulu, membuktikan kemampuan lakonannya yang tidak pernah dilihat lagi di dalam filem.

“Harapan kami agar kehadiran filem ini mampu mengembalikan fenomena filem seram komedi permotoran motosikal yang pernah menguasai industri filem tempatan,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, Hantu Bonceng 2.0 mempunyai kekuatan tersendiri dan mampu mencapai kejayaan seperti filem Hantu Bonceng.

“Filem Hantu Bonceng berjaya mencipta fenomena dalam industri layar perak pada 2011. Kami percaya ramai yang teruja apabila filem pecah panggung ini bakal kembali menerusi sekuel terbaharunya. Memahami penonton yang sering menginginkan konten baharu dan menarik, Astro Shaw tidak teragak-agak untuk membawakan filem Hantu Bonceng 2.0 terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First.

TAIYUDDIN melakonkan watak Kunyit.
TAIYUDDIN melakonkan watak Kunyit.

“Tidak dinafikan filem ini mempunyai kekuatan tersendiri. Jika kita lihat industri filem tempatan khususnya filem Melayu lebih cenderung kepada genre seram, komedi dan aksi. Begitu juga dengan filem di Astro First dan buktinya dengan kejayaan filem komedi Mael Totey The Movie (lebih RM6.4 juta), filem komedi seram Syif Malam Raya (lebih RM3 juta), filem komedi Manap Karaoke (lebih RM1 juta).

“Bagi filem Hantu Bonceng 2.0 pula, ia bukan sahaja mengangkat dua genre popular iaitu seram dan komedi, malah dipadatkan lagi dengan gabungan sub-genre aksi permotoran motosikal yang mana sering menarik perhatian kaki wayang.

“Sementara itu, penampilan barisan pelakon popular tanah air seperti Zizan Razak, Shiha Zikir, Joey Daud, AtuZero, Taiyuddin Bakar dan ramai lagi di bawah arahan pengarah Datuk Yusry Abd Halim akan menjanjikan kepuasan berbeza kepada penonton,” katanya.

Filem ini turut menyelitkan lagu AEWO nyanyian Shiha Zikir

bersama Noki sebagai lagu tema utama filem.

Hantu bonceng 2.0 'masuk' rumah 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo