Infotainment

Hanya Manusia Biasa, Isteri Shukri Yahaya Akui Cemburu Lihat Adegan ‘Mesra’ Suami Ketika Berlakon Dengan Wanita Lain

Hanya Manusia Biasa, Isteri Shukri Yahaya Akui Cemburu Lihat Adegan ‘Mesra’ Suami Ketika Berlakon Dengan Wanita Lain 2

Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya yang juga merupakan Instafamous, Tya Adnan mengakui dirinya berasa sedikit cemburu apabila melihat aksi mesra suaminya ketika berlakon dengan pelakon wanita lain.

Tya ataupun nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan,29, mendedahkan bahawa dia akan mengelak daripada menonton mana-mana drama lakonan suaminya itu apabila ditayangkan di televisyen.

Jelasnya lagi, dia hanya merupakan insan biasa dan setiap manusia yang bergelar isteri pastinya mempunyai perasaan cemburu di dalam hati apabila melihatkan suami melakukan adegan ‘sweet’ meskipun hanya berlakon semata-mata.

Tya dilihat memberi respon tersebut menerusi sesi pertanyaan ‘Ask Me Question’ di ruangan Instagram bersama peminat dan pengikut media sosialnya.

“Ye, jujur la ni. Jeles je. Sebab i bukan robot. Manusia biasa je kan. Ada perasaan. Tapi macam i cakap sebelum ni, i memang tak tengok cerita husband i. I Avoid je la daripada mata pandangan i. Husband i pun profesional. Dia tahu mana kerja, mana real life. Mana rakan kerja, mana bini.”

Tambah Tya lagi, dia berasa bersyukur kerana dikurniakan seorang suami seperti Shukri yang sangat profesional dalam urusan kerjaya dan keluarga.

Sekadar info, Tya yang juga merupakan seorang pelakon sambilan sebelum ini telah mendirikan rumah tangga dengan Shukri Yahaya,33, pada November 2015 yang lalu dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aaira Ameena,5, dan Maleeq Miqayl yang kini berusia tujuh bulan.



Hanya Manusia Biasa, Isteri Shukri Yahaya Akui Cemburu Lihat Adegan ‘Mesra’ Suami Ketika Berlakon Dengan Wanita Lain 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo