Berita

Hasilkan kandungan digital | Harian Metro

Hasilkan kandungan digital | Harian Metro 2

PENGGIAT seni tidak hanya terhad kepada mereka yang berada di depan kamera atau beraksi di pentas dengan memegang mikrofon saja, tetapi lebih meluas termasuk mereka yang bergelar guru muzik.

Bagi penyanyi yang juga guru muzik, Erul Samah, impak daripada pandemik Covid-19 sedikit sebanyak memberi kesan kepada kariernya sebagai pendidik.

Menurut Erul, walaupun kelas dapat dijalankan secara dalam talian, ramai pelajar yang tidak mampu meneruskan pembelajaran.

“Belajar secara berdepan dan secara dalam talian sangat berbeza kerana itulah ramai pelajar yang tak dapat sertai kelas dalam talian atas beberapa kekangan.

“Sedikit sebanyak, ia menjejaskan pendapatan saya sebagai guru muzik,” katanya.

Namun, Erul tidak duduk diam kerana dia sentiasa melihat daripada perspektif berbeza.

“Apabila tak banyak kelas, itu memberi ruang untuk saya mengembangkan idea lain antaranya menghasilkan kandungan digital. Pada masa sama, saya juga menggunakan kelebihan yang ada di media sosial untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian,” katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Erul bakal hadir dengan single terbaharu berjudul Tak Bisa.

“Ini adalah karya terbaharu selepas lebih dua tahun saya tak keluarkan single. Untuk single kali ini, saya hasilkan sendiri sepenuhnya,” katanya.

Baru-baru ini, namanya diperkatakan apabila sentiasa dilihat muncul meninggalkan komen di Instagram artis tanah air dan portal hiburan.

Rata-rata mula memberikan sindiran sinis buatnya. Namun, dia sentiasa berfikir secara positif dan menganggap itu bukanlah sindiran.

“Saya anggap mereka hanya bergurau. Lagipun, yang menulis komen itu adalah adik saya yang juga turut sama mengendalikan akaun Instagram saya,” katanya.

Hasilkan kandungan digital | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo