Artikel Terkini

‘Havoc’ teruk – Caprice mohon maaf, penyebab kesesakan jalan raya

‘Havoc’ teruk – Caprice mohon maaf, penyebab kesesakan jalan raya
‘Havoc’ teruk - Caprice mohon maaf, penyebab kesesakan jalan raya 1

PETALING JAYA – Penyanyi rap sensasi Caprice memohon maaf kepada pengguna jalan raya kerana telah menyebabkan kesesakan teruk lalu lintas ketika membuat pemberian minyak petrol percuma kepada orang ramai di stesen minyak Petronas Jalan Jelatek II, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, petang tadi.

Caprice atau nama lengkapnya Aris Ramli, 34, tidak menyangka stesen minyak tersebut diserbu ratusan orang ramai yang mahu mengisi petrol percuma olehnya.

“Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada pengguna jalan raya di sekitar Titiwangsa, Setiawangsa, Keramat sehingga ke Ampang kerana berlaku kesesakan teruk hari ini.

“Saya sendiri tidak sangka suasana menjadi kecoh dan ‘havoc’ sehingga berlaku kesesakan jalan raya yang teruk sehingga ke KLCC.

“Walaupun telah dibantu oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan polis, kami masih tidak dapat mengawal kesesakan jalan raya.

“Sebagai penganjur, saya memohon maaf,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagramnya.

Ujar Caprice atau turut dikenali dengan panggilan Daddycap, pihaknya terpaksa menutup sementara stesen minyak tersebut selepas kehabisan petrol untuk diberikan kepada pengguna jalan raya yang masih beratur menunggu giliran.

“Selepas kehabisan petrol, kami terpaksa menutup stesen minyak buat sementara walaupun masih ramai yang beratur,” katanya.

Dalam pada itu, Caprice turut berkongsi rasa bersalah apabila mendapati ramai pengguna jalan raya yang terdiri daripada kakitangan kerajaan seperti askar dan jururawat tidak dapat mengisi minyak walaupun ada yang beratur berjam-jam lama.

“Saya perasan ramai pengguna dalam kalangan kakitangan kerajaan seperti askar dan jururawat yang beratur tidak dapat mengisi minyak walaupun telah lama beratur.

“Saya rasa bersalah sebab keluarga saya juga merupakan kakitangan kerajaan. Ibu saya merupakan seorang jururawat dan ayah saya pula bertugas di Wisma Putra. Saya rasa teruk sangat,” katanya.

Bagi menebus kekesalan itu, Caprice mengumumkan mahu menganjurkan sekali lagi pemberian petrol secara percuma khas untuk kakitangan kerajaan di Kuala Lumpur yang akan diumumkan nanti serta di Pulau Pinang pada minggu hadapan.

“Saya mahu buat sekali lagi pemberian petrol secara percuma khas untuk kakitangan kerajaan sahaja di Kuala Lumpur (akan diumumkan kemudian) dan di Pulau Pinang untuk semua orang pada minggu hadapan. Insya-Allah.

“Doakan pasukan saya dapat beri macam-macam barang untuk belanja rakyat,” katanya.

Terdahulu Caprice memperuntukan sebanyak RM10,000 untuk orang ramai mengisi minyak petrol secara percuma.

Selain itu, Caprice turut bermurah hati untuk memberikan hadiah kepada 10 pelanggan terawal berupa topi, kasut dan beberapa barangan edisi terhad yang lain.

Meninjau ruangan komen, khalayak memuji usaha kebajikan Caprice meringankan beban orang ramai dengan inisiatif pemberian percuma hari ini.

Terdapat juga pengguna yang tetap berlapang dada walaupun telah bersesak selama tiga jam tetapi tidak berpeluang mengisi minyak petrol secara percuma. – KOSMO! ONLINE


‘Havoc’ teruk - Caprice mohon maaf, penyebab kesesakan jalan raya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list