Berita

HDR: Penyanyi, pemuzik bersyukur, namun mahu tahu lebih spesifik

HDR: Penyanyi, pemuzik bersyukur, namun mahu tahu lebih spesifik 2

Kuala Lumpur: Inisiatif kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mewujudkan Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma) serta membuka permohonan Program Hiburan Dari Rumah (HDR) kepada golongan penyanyi dan pemuzik dengan bayaran sebanyak RM5,000 disambut baik golongan terbabit.

Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah berkata, ia satu usaha bijak daripada kerajaan untuk membantu penyanyi dan pemuzik yang terjejas.

“Kalau ikutkan RM5,000 terlalu sikit, tapi syukurlah ada juga ingatan daripada kerajaan kepada kami. Seharusnya artis berusaha untuk mendapatkannya dan melakukan apa yang patut untuk mendapatkannya. “Kalau dah kerajaan nak bagi, kenapa tidak kita terima. Walaupun kita ada pendapatan lain yang membantu, tapi kalau kerajaan ada peruntukan untuk kita, baiklah kita ambil. Rezeki jangan ditolak dan ingatan serta usaha kerajaan patut kita sokong,” katanya.

Datuk Nora pula menggesa semua penggiat seni supaya mengambil peluang ini.

“Bila sudah ada ruang seperti ini, kenalah ambil peluang. Tahniah kerajaan kerana prihatin dan sangat memahami anak-anak seni.

“Cuma sebagai penggiat seni, kita diberi tanggungjawab. Buatlah kandungan yang munasabah dan berkualiti. Berilah hiburan yang baik,” katanya.

Penyanyi Nizam Laksamana yang sudah membuat permohonan untuk dana itu berkata, dia difahamkan ia akan melalui proses pemilihan dan mungkin akan melalui proses temuduga.

“Saya pun tidak pasti jumlah RM5,000 ini untuk tempoh berapa lama nyanyian sama ada untuk tiga atau empat lagu atau satu jam.

“Perkara ini akan dibincangkan nanti. Saya syorkan kepada kawan-kawan yang layak supaya memohon. Sama ada dapat atau tidak, itu cerita lain,” katanya.

Menurutnya, pihak kerajaan sudah menyediakan dana untuk artis-artis mencari pendapatan tambahan ketika penularan Covid-19 ini.

“Jangan kira murah atau mahal kerana jika dapat ia rezeki anak-anak,” katanya.

Pemain gitar Slam, Shah berkata, dia tidak pasti jumlah RM5,000 itu mencukupi untuk satu persembahan atau tidak.

“Jumlah itu hanya untuk seorang. Kalau saya nak guna khidmat pemuzik lain, saya kenalah bayar mereka dari wang yang didapati.

“Untuk pemuzik syaratnya kurang jelas kerana RM5,000 untuk satu persembahan dikira tidak mencukupi. Saya menyokong apa yang dibuat, cuma mahu kerajaan kena betul-betul spesifik. Pemuzik lain pun nak ada pendapatan juga,” katanya yang juga sudah membuat permohonan HDR.

Menurutnya, ada kalangan pemuzik yang memohon tapi tidak semuanya bernasib baik untuk mendapat dana itu.

“Mereka yang dapat mungkin boleh ajak rakan-rakan ini buat persembahan. Sekurang-kurangnya pemuzik ini boleh menumpang rezeki. Kerajaan pula bolehlah tambah bayaran RM1,000 kepada setiap seorang daripada mereka,” katanya.

HDR: Penyanyi, pemuzik bersyukur, namun mahu tahu lebih spesifik 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo