Infotainment

Helah Hantar Anak Tiri Ke Klinik Terbongkar, Mangsa Disyaki Didera Hingga Maut

Helah Hantar Anak Tiri Ke Klinik Terbongkar, Mangsa Disyaki Didera Hingga Maut 2

February 13th, 2021 | by Shira

Kini Trending

Helah Hantar Anak Tiri Ke Klinik Terbongkar, Mangsa Disyaki Didera Hingga Maut 3

Seorang lelaki telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa terlibat dalam kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun hingga maut. Lebih mengejutkan apabila mengetahui suspek merupakan bapa tiri mangsa.

Sekadar gambar hiasan

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, suspek dikatakan telah membawa anaknya itu ke klinik kononnya mangsa mengalami kekejangan sedangkan pada ketika itu, mangsa memang sudah tidak sedarkan diri. Setibanya di klinik, kanak-kanak perempuan itu telah disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, hasil daripada bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala, tulang rusuk kirinya patah selain terdapat kesan lebam dan gigitan pada tubuh badannya.

Pakar gigi dari Hospital Kuala Lumpur juga mengesahkan terdapat tiga kesan gigitan gigi dewasa iaitu di tangan kanan, bahu kanan dan pergelangan tangan kanan si mati dan forensik mengesahkan punca kematian adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat benda tumpul.

Helah Hantar Anak Tiri Ke Klinik Terbongkar, Mangsa Disyaki Didera Hingga Maut 5

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, susulan daripada insiden itu, isteri suspek dan seorang lagi anak tirinya telah dipanggil untuk memberi keterangan sementara suspek menunggu di hadapan balai polis.

Semasa memberi keterangan, abang mangsa berusia sembilan tahun telah memaklumkan bahawa adiknya itu sering menjadi mangsa penderaan oleh bapa tiri mereka.

Pada malam kejadian, abang mangsa mendengar bunyi kuat seperti pukulan dan suaranya menangis dalam bilik tidur bapa tirinya. Pada subuh, mangsa dikatakan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke klinik.

Malah, hasil pemeriksaan pihak polis juga mendapati suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi. Suspek kini ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes isiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak- Kanak 2001.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Helah Hantar Anak Tiri Ke Klinik Terbongkar, Mangsa Disyaki Didera Hingga Maut 6
Helah Hantar Anak Tiri Ke Klinik Terbongkar, Mangsa Disyaki Didera Hingga Maut 6



Helah Hantar Anak Tiri Ke Klinik Terbongkar, Mangsa Disyaki Didera Hingga Maut 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo