Infotainment

Heliza Helmi Masih Tak Biasa Dengan Gelaran Datin Seri

Heliza Helmi Masih Tak Biasa Dengan Gelaran Datin Seri
Heliza Helmi Masih Tak Biasa Dengan Gelaran Datin Seri 1

Hampir dua bulan bergelar isteri kepada usahawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi mengakui sedang membiasakan diri dengan gelaran Datin Seri.

Menurut Heliza, dia masih lagi individu yang sama dan lebih selesa jika disapa dengan panggilan Kak Ja kerana merasakan lebih dekat dengan peminat dan masyarakat.

BACA: Bersungguh-Sungguh Pujuk, Heliza Helmi Segan Mila Jirin Taja Majlis Resepsi

“Panggil Kak Ja saja. Saya masih sama. Itulah saya dari dulu. Kalau ada yang panggil Datin Seri, kita raikan tapi lepas tu saya cakap saya okay dan lebih selesa dipanggil Kak Ja.

“Untuk majlis formal atau rasmi kita ikutlah tapi untuk panggilan boleh sahaja Heliza atau Kak Ja,” katanya.

Berkongsi mengenai kehidupan berumah tangga Heliza berkata banyak lagi perkara mengenai alam perkahwinan yang perlu dipelajari. Malah, Heliza meluahkan rasa syukur rezekinya melimpah ruah selepas berkahwin.

“Sejujurnya banyak lagi kena belajar, iyalah benda baharu mesti ada yang kita tak biasa lagi, jadi saya sedang menyesuaikan diri, kiranya macam budak tadika yang baru nak masuk sekolah.

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Soal kerjaya tak menganggu kerana sebelum ini pun dia tahu jadual saya agak padat tapi apa-apa pun kita akan berbincang dan dapatkan kata sepakat dahulu.

“Ya betul bila dah kahwin ni rezeki memang tak jangka, nikmat Allah sangat dasyat, kita pula rasa cuak sebab terkejut dengan apa yang Allah bagi, tak sangka, bersyukur sangat,” katanya.


Heliza Helmi Masih Tak Biasa Dengan Gelaran Datin Seri 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list