Infotainment

Hidap Kanser Limfoma Tahap 4, Wanita Cekal Jual Biskut, Beg Tangan & Pakaian Bundle Untuk Tampung Kos Rawatan

Hidap Kanser Limfoma Tahap 4, Wanita Cekal Jual Biskut, Beg Tangan & Pakaian Bundle Untuk Tampung Kos Rawatan
Hidap Kanser Limfoma Tahap 4, Wanita Cekal Jual Biskut, Beg Tangan & Pakaian Bundle Untuk Tampung Kos Rawatan 1

Kini Trending

Hidap Kanser Limfoma Tahap 4, Wanita Cekal Jual Biskut, Beg Tangan & Pakaian Bundle Untuk Tampung Kos Rawatan 2

Cuma perlu berdoa dan kuatkan semangat, Wee Nurailin Farissa yakin dia mampu melawan penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihadapinya sejak dua tahun lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, ibu kepada seorang anak ini tidak menafikan dunia seperti gelap seketika apabila mendapat tahu mengenai penyakit kronik tersebut. Bagaimanapun, demi keluarga dan anak yang kian membesar di depan mata, dia tidak berputus asa dan terus kuat untuk kembali sihat.

Hidap Kanser Limfoma Tahap 4, Wanita Cekal Jual Biskut, Beg Tangan & Pakaian Bundle Untuk Tampung Kos Rawatan 4

Sebelum ini saya pernah menjalani rawatan transplan yang mencecah RM10,000 dan berkat perniagaan biskut dan beg tangan saya dapat kumpul sekitar RM3,000. Selebihnya daripada sumbangan berkenaan, saya ada bersedekah kepada orang yang memerlukan dan dari situ juga saya membeli ‘bale’ pakaian terpakai sebanyak RM600 untuk mula berniaga Disember lalu.

Menurut Wee, dia mendapat bantuan daripada pihak kebajikan dan dana daripada orang awam. Dana tersebut sedikit sebanyak membantu dirinya untuk menampung kos rawatan. Ujar Wee lagi, pada awalnya dia menjangkakan ada harapan untuk sembuh kerana difahamkan kebanyakan pesakit bebas daripada kanser selepas menjalani rawatan transplan. Bagaimanapun, rezekinya untuk sembuh belum kesampaian lagi. Kini, dia sedang berusaha untuk kembali mengumpul wang bagi menampung kos kimoterapi seterusnya sebanyak RM68,000.

Hidap Kanser Limfoma Tahap 4, Wanita Cekal Jual Biskut, Beg Tangan & Pakaian Bundle Untuk Tampung Kos Rawatan 6

Pada awalnya saya cuba untuk buat ‘live’ di TikTok, namun keadaan saya kurang mengizinkan sebab saya baru sahaja lepas transplan jadi cepat penat, lesu dan nafas jadi pendek, jadi saya buat ‘live’ bila saya rasa sihat sahaja. Suami ada bantu, namun dia juga ada komitmen kerja sebagai seorang askar jadi memang daripada membuat biskut dan menjual pakaian terpakai ini semua saya buat sendiri. Saya bersyukur sebab suami dan keluarga saya tetap bagi sokongan kepada saya untuk berniaga dan selalu nasihat untuk tidak bekerja melebihi kemampuan disebabkan penyakit ini.

Tambah Wee, dia menjalankan aktiviti ‘live’ menjual pakaian bundle dan perniagaan biskut mengikut keadaan kesihatan diri. Selain menjual pakaian, Wee turut aktif membuat perkongsian mengenai perjalanan rawatan kanser di TikTok. Perkongsian tersebut sedikit sebanyak meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyakit kanser limfoma. Wee turut memberi semangat dan motivasi kepada pesakit kanser di luar sana untuk tidak mudah putus asa dalam kehidupan serta terus berjuang melawan penyakit.

Sumber: Harian Metro


Hidap Kanser Limfoma Tahap 4, Wanita Cekal Jual Biskut, Beg Tangan & Pakaian Bundle Untuk Tampung Kos Rawatan 8


Hidap Kanser Limfoma Tahap 4, Wanita Cekal Jual Biskut, Beg Tangan & Pakaian Bundle Untuk Tampung Kos Rawatan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list