Berita

Hidup atas sana bagaikan penjara tetapi…

Hidup atas sana bagaikan penjara tetapi... 1

Hidup atas sana bagaikan penjara tetapi... 2

Kuala Lumpur: Terpaksa tinggal di atas bangunan lebih lapan jam sehingga paling lama dua hari sudah menjadi perkara biasa bagi pemuda ini yang memilih kerjaya sebagai operator kren menara.

Jadual hariannya luar biasa yang mana harus bekerja enam hari seminggu dan di atas bangunan itulah tempatnya beristirahat, makan, minum malah ada ketikanya terpaksa menjadi tempat ‘melepaskan hajat’.

Bagi anak muda yang berasal dari Machang, Kelantan, Muhammad Arash Ramdhan Saiidi, 22, berkata, tidak pernah terlintas dalam fikirannya menceburi kerjaya dalam bidang pembinaan.

“Hidup di atas sana (kabin kren) bagaikan penjara, hanya fokus pada tugasan yang diberi sehingga siap.

“Kami hanya akan makan dan minum jika disediakan saja dengan mengangkutnya menggunakan tali dari bawah,” katanya kepada Harian Metro.

Anak sulung dari dua beradik itu berkata, walaupun beribu kepayahan yang ditanganinya ketika bertugas, dia tidak pernah menyesal memilih kerjaya itu.

“Dengan kerja inilah saya mampu menyara keluarga, adik saya yang kini belajar di universiti serta boleh membeli barangan yang diingini menggunakan wang sendiri.

“Gaji tetap sebulan RM5,000 dan kebiasaanya akan lebih daripada jumlah itu sehingga RM13,000 termasuk dengan elaun kerja lebih masa,” katanya.

Muhammad Arash Ramdhan menuruni tangga kren selepas selesai kerja. FOTO ihsan Muhammad Arash Ramdhan Saiidi
Muhammad Arash Ramdhan menuruni tangga kren selepas selesai kerja. FOTO ihsan Muhammad Arash Ramdhan Saiidi

Berkongsi lanjut, Muhammad Arash Ramdhan berkata, walaupun kerjayanya itu diibaratkan bagai nyawa dihujung tanduk namun pendapatan yang diterimanya berbaloi.

Katanya, dia tidak menafikan kerjaya itu sememangnya dipelopori warga asing dari Bangladesh dan Indonesia disebabkan tidak menjadi pilihan belia sepertinya.

“Tipulah pada awal masuk kerja tidak gayat, tapi lama-kelamaan sudah biasa. Malah, warga dari Bangladesh di tempat kerja itu sudah menjadi rakan baik saya.

“Saya kagum dengan semangat dan kerajinan mereka (warga Bangladesh) ini ketika bertugas. Semangat yang mereka miliki itulah menjadi pendorong kepada saya membuktikan warga tempatan juga boleh,” katanya yang sudah lebih dua tahun dalam industri pembinaan.

Menurutnya, antara tugasnya sebagai operator kren menara termasuklah mengendalikan kren dan mempermudahkan urusan pembinaan.

Walaupun berdepan risiko tinggi ketika bertugas, Muhammad Arash Ramdhan berkata, dia hanya bertawakal kepada Allah dan patuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Terdahulu, Muhammad Arash Ramdhan berkongsi pengalaman sebagai operator kren menara di aplikasi Tik Tok miliknya dan mendapat perhatian warganet sehingga ditonton lebih 684,000 kali setakat ini.

Bagi Muhammad Arash Ramdhan, perkongsian itu hanya bertujuan memberikan motivasi dan ilmu kepada masyarakat luar mengenai bidang tugasnya.

Menerusi video tular itu, Muhammad Arash Ramdhan menunjukkan bagaimana dia melintas jambatan berketinggian 40 tingkat untuk naik ke kabin kren sehingga mengundang rasa gayat pelayar yang menontonnya.

Hidup atas sana bagaikan penjara tetapi... 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo