Artikel Terkini

Hitam Putih Jadi Pilihan Transfomasi Rumah Lama Bien Hoa, Vietnam

Hitam Putih Jadi Pilihan Transfomasi Rumah Lama Bien Hoa, Vietnam
Hitam Putih Jadi Pilihan Transfomasi Rumah Lama Bien Hoa, Vietnam 1

Sesuatu yang mengujukan apabila rumah lama yang sudah usang diberi nafas baru. IMPIANA tetarik dengan seni bina rumah lama di Vietanam ini kerana keluasan rumah yang terhad ini mampu menampilkan gaya moden yang menyegarkan dalam setiap perincian yang dikenakan oleh Pereka tersebut. Rumah yang terletak di Bien Hoa, Vietnam ini mendapat tranfomasi yang cukup luar biasa yang menjadikan ia kelihatan hebat.

Hitam Putih Jadi Pilihan Transfomasi Rumah Lama Bien Hoa, Vietnam 2

Hitam Putih Jadi Pilihan Transfomasi Rumah Lama Bien Hoa, Vietnam 3
before-afer-c4-view-5-15331098771891383161908-1170×1464

Direka oleh Pham Minh Nhat, perubahan ini mengambil masa sekitar tiga bulan untuk disiapkan dan mereka melakukannya untuk memenuhi semua keperluan keluarga muda dan moden ini. Pertama sekali, Pereka memutuskan untuk menggunakan palet hitam dan putih yang sangat bergaya dan kontemporari yang pastinya merupakan kombo klasik untuk hiasan rumah.

Hitam Putih Jadi Pilihan Transfomasi Rumah Lama Bien Hoa, Vietnam 4 Hitam Putih Jadi Pilihan Transfomasi Rumah Lama Bien Hoa, Vietnam 5 Hitam Putih Jadi Pilihan Transfomasi Rumah Lama Bien Hoa, Vietnam 6 Hitam Putih Jadi Pilihan Transfomasi Rumah Lama Bien Hoa, Vietnam 7

Untuk memastikan bahawa ia tidak kelihatan terlalu membosankan, mereka juga memastikan bahawa beberapa elemen menarik ditambahkan dengan menggunakan kaca, konkrit dan kayu ditambah dengan beberapa warna neutral untuk mengimbangkannya. Bukan itu sahaja, salah satu perkara yang paling menyegarkan dalam hiasannya ialah tumbuh-tumbuhan hijau yang indah di sekitar rumah yang benar-benar memberi nafas udara segar di dalam rumah dan menjadikannya kelihatan lebih meriah.

Rumah ini menggunakan kemasan bingkai yang agak tebal bagi menonjolkan rekaan dan sentuhan serta hiasan kaca yang banyak terutama untuk tingkap dan bahkan dinding, anda boleh mengharapkan banyak cahaya semula jadi untuk masuk, memastikan rumah itu cerah dan lapang. Sebenarnya, salah satu dinding bilik tidur juga terbuat dari kaca dengan tirai tebal untuk privasi apabila diperlukan yang menjadikannya cukup unik.

Hitam Putih Jadi Pilihan Transfomasi Rumah Lama Bien Hoa, Vietnam 8 Hitam Putih Jadi Pilihan Transfomasi Rumah Lama Bien Hoa, Vietnam 9 Hitam Putih Jadi Pilihan Transfomasi Rumah Lama Bien Hoa, Vietnam 10 Hitam Putih Jadi Pilihan Transfomasi Rumah Lama Bien Hoa, Vietnam 11

Semua bilik tidur kelihatan mewah dan selesa, dengan beberapa aksesori eklektik di sana sini agar tidak terlalu membosankan. Namun, mungkin salah satu tempat terbaik untuk menghiburkan tetamu, adalah halaman belakang seperti melangkah masuk ke Eden rahsia persendirian dengan tanaman yang rimbun dan ruang yang luas untuk bersantai.

Bagi pemilik yang memilik rumah yang berkeluasan yang agak terhad dan mungkin inginkan sesuatu yang berbeza dalam sentuhan seni rekaan, kediaman ini mungkin boleh menjadi salah satu inspirasi untuk rumah idaman.

Kredit: Home Deco Malaysia & Afamily

Hitam Putih Jadi Pilihan Transfomasi Rumah Lama Bien Hoa, Vietnam 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo