Infotainment

Hormat Isteri, Yusuf Bahrin Elak Sentuh Pelakon Wanita

Hormat Isteri, Yusuf Bahrin Elak Sentuh Pelakon Wanita
Hormat Isteri, Yusuf Bahrin Elak Sentuh Pelakon Wanita 1

Semakin ramai artis dilihat mula berhijrah termasuk pelakon Yusuf Bahrin yang dilihat mula menunjukkan minat ke arah keagamaan.

Menerusi satu perkongsian, Yusuf sempat meluangkan masa hujung minggu mengikuti kuliah Dhuha di Putrajaya pada Sabtu lalu.

BACA: Yusuf Bahrin Kagum Isteri Kuat Hadapi Ujian, Istiqamah Tutup Aurat

“Ini kali pertama saya sertai kuliah Dhuha anjuran Perbadanan Putrajaya, penceramah jemputan adalah ustaz Wadi Annuar.

“Dah lama nak pergi tapi tak ada kesempatan. Saya buat ini kerana Allah sebab buatkan saya sedar kehidupan ini sebenarnya mengingatkan mati dan akhirat yang kekal.

“Sebelum ini saya leka dengan dunia sehingga lupa pasal akhirat. Sedangkan kita perlukan bekalan dan persediaan untuk ke sana,” katanya.

Kini bergelar suami, Yusuf berkata dia sedar tentang peranan seorang pemimpin dalam rumah tangga dan cuba untuk memperbaiki diri serta membimbing isterinya, Zizi Kirana je jalan Allah.

“Apabila dah jadi suami, diri sendiri kena betul kerana tak mahu pengikut jadi songsang. Suami adalah cerminan isteri dan isteri akan sedar, dia pun akan ikut,” katanya.

Ditanya mengenai kerjaya lakonannya, Yusuf berkata dia akan cuba membataskan diri dalam pergaulan serta mengelak daripada bersentuhan dengan pelakon wanita.

“Saya ada satu drama ni dah habis penggambaran sebelum PKP hari tu. Masa tu saya belum kahwin dan masih tak tahu (batas pergaulan).

“Saya hanya fikir pasal kerja, jadi benda tu haram, ada scene sentuhan. Tapi sekarang saya dah faham sikit-sikit, saya kena jaga perkara itu.

“Untuk masa akan datang kalau ada babak sentuhan saya akan beritahu pengarah, lagipun saya dah kahwin kena hormat isteri, kalau dialog je tak mengapa,” katanya.


Hormat Isteri, Yusuf Bahrin Elak Sentuh Pelakon Wanita 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo