Infotainment

Huawei MatePad Pro 12.6″ Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Huawei MatePad Pro 12.6″ Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi 2

Seperti sedia maklum, tablet Huawei MatePad Pro 12.6-inci baru sahaja dilancarkan semalam dan kini Huawei telah mula mengacah kehadirannya untuk pengguna di Malaysia. Ianya hadir dengan beberapa penambahbaikan bagi menjadikannya sebuah tablet yang bersesuaian buat pengguna professional.

Huawei MatePad Pro 12.6″ Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi 6

Memetik hantaran Facebook terkini Huawei, pra-tempahan untuk tablet ini akan mula dibuka pada 10 Jun 2021 bermula jam 12 tengah hari. Terhad kepada satu pilihan warna sahaja iaitu Matte Grey dan ia boleh didapati dengan sokongan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Untuk spesifikasi khusus, tablet ini dilengkapi skrin bersaiz 12.6-inci OLED dengan resolusi 2560 x 1600 piksel. Ia juga menggunakan cip Kirin 9000E, sistem operasi HarmonyOS 2.0 dan bateri sebesar 10050 mAh yang menyokong pula pengecasan pantas 40W dengan pengecas disertakan dengan setiap pembelian.

Huawei MatePad Pro 12.6″ Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi 4
Huawei MatePad Pro 12.6″ Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi 7

Seterusnya, ia turut menggunakan kamera utama 13MP + 8MP +3D ToF manakala kamera hadapan pula sebesar 8MP. Spesifikasi lain termasuklah – sokongan Blutooth 5.2, port sambungan USB Type-C dan sebagainya. Buat masa ini, Huawei masih berteka-teki mengenai harga jualan rasmi untuk tablet ini. Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut.

Sumber : Huawei Malaysia

Huawei MatePad Pro 12.6″ Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo