Infotainment

Hubungan Cinta Bersama Suspek Kes Curi Terbongkar, Detektif Wanita Ini Mungkin Akan Dilucutkan Jawatan

Hubungan Cinta Bersama Suspek Kes Curi Terbongkar, Detektif Wanita Ini Mungkin Akan Dilucutkan Jawatan
Hubungan Cinta Bersama Suspek Kes Curi Terbongkar, Detektif Wanita Ini Mungkin Akan Dilucutkan Jawatan 1
August 24th, 2021 | by Shira

Kini Trending

Hubungan Cinta Bersama Suspek Kes Curi Terbongkar, Detektif Wanita Ini Mungkin Akan Dilucutkan Jawatan 2

Sekadar gambar hiasan

Ungkapan ‘cinta itu buta’ sangat sesuai menggambarkan situasi yang dilalui detektif wanita dari Rusia ini apabila dia dipercayai menyalahgunakan kuasanya selepas menjalin hubungan cinta bersama seorang suspek yang terlibat dalam kes kecurian.

Hubungan Cinta Bersama Suspek Kes Curi Terbongkar, Detektif Wanita Ini Mungkin Akan Dilucutkan Jawatan 4

Foto: Kompas.com

Memetik laporan Wio News, hubungan mereka berdua dipercayai terjalin selepas detektif muda yang dikenali dengan nama Madina Shukenova itu ditugaskan untuk mengendalikan dan mencari bahan bukti kes kecurian wang di bank yang dilakukan oleh suspek utama, Mikhail Serbin.

Namun siapa sangka, sepanjang tempoh tersebut, detektif yang berusia 24 tahun dan suspek berusia 22 itu sudah mula menaruh hati antara satu sama lain. Difahamkan, Mikhail Serbin telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Hubungan Cinta Bersama Suspek Kes Curi Terbongkar, Detektif Wanita Ini Mungkin Akan Dilucutkan Jawatan 6

Foto: Kompas.com

Menurut sumber, Madina Shukenova telah menghadiahkan sebuah kereta kepada teman lelakinya itu. Namun hubungan mereka berdua akhirnya terbongkar selepas Mikhail ditemukan datang ke rumah Madina dengan memandu kereta pemberian detektif muda itu. Berikutan daripada insiden tersebut, Madina membuat keputusan untuk menarik diri daripada mengendalikan kes membabitkan Mikhail dan dia juga gagal mendedahkan hubungannya dengan suspek.

Jabatan polis Omsk memaklumkan, Madina kemungkinan akan didakwa atas kesalahan menyalahgunakan kewibawaan dan kuasanya sebagai seorang detektif kerana membantu seorang suspek penjenayah. Jika sabit kesalahan, Madina akan dilucutkan jawatan dan pihak atasannya juga boleh dihukum kerana membiarkan wanita itu menjalin hubungan dengan suspek.

Sumber: Wio News


Hubungan Cinta Bersama Suspek Kes Curi Terbongkar, Detektif Wanita Ini Mungkin Akan Dilucutkan Jawatan 8

The following two tabs change content below.


Hubungan Cinta Bersama Suspek Kes Curi Terbongkar, Detektif Wanita Ini Mungkin Akan Dilucutkan Jawatan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo