Infotainment

Hypersonix Ini Melancarkan Satelit Dengan Pesawat Scramjet Berkuasa Hidrogen

Hypersonix Ini Melancarkan Satelit Dengan Pesawat Scramjet Berkuasa Hidrogen
Hypersonix Ini Melancarkan Satelit Dengan Pesawat Scramjet Berkuasa Hidrogen 1

Enjin scarmjet masih di fasa pembangunan oleh beberapa syarikat aeroangkasa dunia. Sejak dekad 60an lagi idea untuk membangunkan enjin scramjet telah dilakukan tetapi terhalang oleh kekangan teknologi dan metalurgi. Idea untuk membangunkan pesawat scramjet kembali popular sekarang kerana keperluan menghasilkan sistem pengangkutan hipersonik yang akan semakin memendekkan waktu perjalanan.

Hypersonix Ini Melancarkan Satelit Dengan Pesawat Scramjet Berkuasa Hidrogen
Hypersonix Ini Melancarkan Satelit Dengan Pesawat Scramjet Berkuasa Hidrogen 7

Hypersonix Launch Systems dari Australia kini sedang membangunkan sistem pelancaran roket menggunakan pesawat scramjet berkuasa hidrogen hijau. Sistem terdiri daripada roket Boomerang, pesawat hipersonik scarmjet Delta Velos Orbiter yang boleh digunakan semula dan roket akhir tahap 3.

Setiap tahap akan memecutkan kargo ke angkasa dengan Boomerang memecut sehingga Mach 5 sebelum Delta Velos Orbiter menggunakan scramjet je Mach 12. Kedua-dua Boomerang dan Delta Velos Orbiter akan kembali mendarat ke bumi seperti pesawat biasa.


Hypersonix Ini Melancarkan Satelit Dengan Pesawat Scramjet Berkuasa Hidrogen 3
Hypersonix Ini Melancarkan Satelit Dengan Pesawat Scramjet Berkuasa Hidrogen 8

Hypersonix lebih menyerupai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Virgin Galactic kerana kargo satelit yang boleh dibawa hanya sehingga 50 kilogram. Jika kesemuanya berjalan lancar, Hypersonix menyasarkan penerbangan pertama dilakukan pada 2024. Pelan jangka panjang ialah dengan data dari Delta Velos Orbiter, sebuah pesawat penumpang scramjet hipersonik akan dapat dapat dibangunkan. Mereka menyasarkan perjalanan dari Australia ke pantai timur A.S mengambil masa kurang 3 jam.

Selain Hypersonix, Skylon dan Hermeus adalah dua syarikat yang masih aktif membangunkan pesawat hipersonik bagi tujuan komersil dan ketenteraan.

Sumber New Atlas

Hypersonix Ini Melancarkan Satelit Dengan Pesawat Scramjet Berkuasa Hidrogen 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list