Berita

i-Sinar: Status ‘Tidak Berjaya’ perlu mohon semula mulai 8 Mac

i-Sinar: Status 'Tidak Berjaya' perlu mohon semula mulai 8 Mac 2

Kuala Lumpur: Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dibenarkan memohon pengeluaran i-Sinar.

Ia termasuk mereka yang pendapatannya tidak terjejas.

Berdasarkan maklumat di laman web i-Sinar, mulai 8 Mac ini, kelayakan permohonan i-Sinar akan ditambah baik meliputi ahli KWSP (termasuk pemastautin tetap dan bukan warganegara) berusia di bawah 55 tahun dan mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150.

Di bawah syarat baharu ini, kriteria pengurangan pendapatan tidak lagi terpakai untuk permohonan i-Sinar.

“Malah, tidak ada sebarang dokumen sokongan perlu dikemukakan dan permohonan akan diproses berdasarkan kelayakan,” katanya.

Menurutnya, bagi mereka yang memohon sebelum ini dan mendapat jawapan ‘Sedang Diproses’, mereka tidak perlu membuat permohonan semula.

“Bagi ahli yang mendapat jawapan ‘Muat Naik Dokumen Sokongan’ juga tidak perlu berbuat demikian kerana permohonan akan diproses berdasarkan kelayakan,” katanya.

Namun, bagi permohonan sebelum ini yang mendapat jawapan ‘Tidak Berjaya’, ahli perlu memohon semula mulai 8 Mac ini.

Katanya, tarikh akhir permohonan i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021.

“Bagi melancarkan urusan permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.

“Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP ketika pendaftaran berstatus aktif, milik sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat,” katanya.

Menurutnya, ahli yang memohon pengeluaran i-Lestari juga layak mengemukakan permohonan i-Sinar.

“Jika ahli telah memohon pengeluaran i-Lestari termasuk yang sedang menerima bayaran bulanan i-Lestari, mereka masih boleh membuat permohonan i-Sinar,” katanya.

Katanya, jumlah pengeluaran kekal sebagaimana kriteria sebelum ini iaitu bagi ahli yang mempunyai baki simpana kurang RM100,000, pengeluaran sehingga RM10,000 dibenarkan.

Manakala, ahli yang mempunyai baki melebihi RM100,000, pengeluaran sehingga 10 peratus dibenarkan dengan jumlah maksimum RM60,000.

KWSP dalam kenyataan hari ini mengumumkan bahawa permohonan kemudahan i-Sinar yang dikemukakan sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran dibuat mulai hari ini.

Permohonan baharu akan diproses dalam tempoh lima hari bekerja dan selepas tempoh ini, ahli boleh mula menyemak status permohonan dan tarikh bayaran.

Malah, bermula 8 Mac 2021, ahli juga diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.

i-Sinar: Status 'Tidak Berjaya' perlu mohon semula mulai 8 Mac 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo