Infotainment

Ibu ‘Lari’ Balik Thailand Ketika Masih Bayi, Gadis Tak Jemu Cari Sehingga Terima Mesej…..

Ibu ‘Lari’ Balik Thailand Ketika Masih Bayi, Gadis Tak Jemu Cari Sehingga Terima Mesej…..
Ibu ‘Lari’ Balik Thailand Ketika Masih Bayi, Gadis Tak Jemu Cari Sehingga Terima Mesej….. 1

Ibu ‘Lari’ Balik Thailand Ketika Masih Bayi, Gadis Tak Jemu Cari Sehingga Terima Mesej…..

Di TikTok, seorang gadis yang dikenali sebagai Nuryanie berkongsi kisah keperitan hidup yang terpaksa dilaluinya sejak berusia lapan tahun. Menurut Nuryanie semuanya bermula apabila ibu dan ayahnya mengambil keputusan untuk bercerai.

Lari balik Bangkok

Ibu ‘Lari’ Balik Thailand Ketika Masih Bayi, Gadis Tak Jemu Cari Sehingga Terima Mesej….. 3

Menurut Yanie, dia merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Selepas ibu dan ayahnya bercerai, mereka bertiga menetap bersama ibu saudara. Sepanjang bersama ibu saudara, Yanie dan adik beradiknya yang lain sentiasa menunggu kepulangan ibu tercinta.

Sampai pagi Hari Raya kami tunggu mak pulang. Tapi dia tetap tak munculkan diri. Kecewanya rasa. Kami masih berharap dia balik. Korang bayangkan kami rasa nak menangis. Semua tahan diri sebab tak nak menangis. Stress hadap orang kampung. Tak habis-habis cakap mak lari tinggal kami. Mak tak sayang kami. Sampai satu tahap kami rasa tak tahan dan nak keluar dari situ. Semua orang tak tahu betapa sakitnya hati kami. Sebelum tidur mesti menangis.

Bercerita mengenai zaman persekolahan, Yanie berkata dia seorang pelajar yang lembab dan tidak sama seperti pelajar yang lain. Namun, hasil usahanya untuk berjaya Yanie dapat melanjutkan pengajian di peringkat universiti.

Apabila tingkatan empat, saya masuk sekolah biasa. Masa ni semangat saya mula berkobar-kobar nak dapatkan keputusan yang bagus. Boleh masuk universiti dan keluar daripada kehidupan yang toksik. Di tengah kesibukan belajar, tiba-tiba dapat berita kawan baik saya telah meninggal dunia. Sebulan juga tak boleh fokus. Saya cuba untuk terima kenyataan dan bangkit daripada kesedihan. Berkat usaha, saya dapat 7A untuk SPM.

Ujar Yanie, dia seorang yang berdikari ketika berada di universiti. Dia tidak meminta pertolongan daripada ayah kandung mahupun ahli keluarga yang lain. Jelas Yanie, dia mendapat tajaan sehingga tamat pengajian peringkat ijazah sarjana muda.

Soal kewangan sangat tak okay masa tu. Saya terpaksa belajar rajin-rajin supaya tak perlu bayar balik pinjaman. Penat lelah saya berhasil apabila dapat ijazah sarjana muda kelas pertama. Bebas hutang. Selepas konvo, saya terus dapat kerja. Saya berjaya buktikan anak ‘broken family’ pun boleh berjaya.

Masih teringat ibu

Ibu ‘Lari’ Balik Thailand Ketika Masih Bayi, Gadis Tak Jemu Cari Sehingga Terima Mesej….. 4

Dalam kesibukan bekerja, Yanie berkata dia sempat mengikuti kelas Bahasa Thailand dengan seorang guru.

Saya belajar bahasa ni sebab senang nak cari ibu dekat Thailand. Mana nak tahu kalau jumpa nanti dia tak tahu cakap Melayu, saya boleh faham apa yang dia nak cakap.

Pada suatu hari, Yanie menerima satu kiriman pesanan daripada seorang lelaki yang tidak dikenalinya di media sosial. Lelaki tersebut memintanya untuk membaca kiriman tersebut dengan segera. Menurut lelaki itu, dia sedang mencari saudara kandung yang mempunyai ibu yang sama.

Saya terketar masa tu. Macam-macam emosi ada. Selepas 21 tahun Allah maha mendengar. Doa saya terjawab. Mak saya dah kahwin selepas tiga tahun balik ke Thailand. Dia ada seorang anak lelaki. Saya telefon dan mak menangis minta maaf. Dia nak jumpa kami semua. Hidup dia dekat Bangkok sangat susah. Dia kerja macam-macam walaupun umur dia 51 tahun. Bulan 12 nanti saya akan ambil dia. Doakan saya. Pernah rasa marah dengan ibu bapa, tapi kami simpan sahaja dalam hati. Tambah bila dah jadi dewasa, saya pasti mereka mempunyai sebab tertentu. Kadang-kadang kita rasa susah, sebenarnya ada lagi yang susah.

Video

@nuryanieariffin92

We never know what someone is going through or what they’re struggling with. So be kind ? #fyp #foryoupage #bekind #sharing #3decadesofjourney

? Munajat Cinta – The Rock

Sumber: Nur Yanie

Ibu ‘Lari’ Balik Thailand Ketika Masih Bayi, Gadis Tak Jemu Cari Sehingga Terima Mesej….. 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo