Infotainment

Ibu Panik Muka Bayi Merah & Mulut Berbuih Lepas Hidung Disapu Minyak Angin – ‘Maafkan Ibu’

Ibu Panik Muka Bayi Merah & Mulut Berbuih Lepas Hidung Disapu Minyak Angin – ‘Maafkan Ibu’
Ibu Panik Muka Bayi Merah & Mulut Berbuih Lepas Hidung Disapu Minyak Angin – 'Maafkan Ibu' 1

Kini Trending

Ibu Panik Muka Bayi Merah & Mulut Berbuih Lepas Hidung Disapu Minyak Angin – 'Maafkan Ibu' 2

Sekadar gambar hiasan

Tak dinafikan, kebanyakan individu memang akan selalu menggunakan minyak angin jika kita alami masalah hidung tersumbat, pening kepala, loya dan sebagainya bertujuan untuk melegakan ‘penyakit’ tersebut. Betul tak?

Tetapi kalau korang nak tahu, penggunaan minyak angin ini sebenarnya sangat tidak sesuai untuk bayi yang berusia bawah dari usia tiga bulan. Hal ini kerana, ianya boleh mendatangkan bahaya terhadap bayi tersebut.

Ibu Panik Muka Bayi Merah & Mulut Berbuih Lepas Hidung Disapu Minyak Angin – 'Maafkan Ibu' 4

Baru-baru ini seorang ibu yang dikenali dengan nama Faranem Rosmadi ada berkongsi di Facebook mengenai detik cemas yang dilaluinya selepas menyapukan minyak angin pada batang hidung bayi lelakinya, Ayad Fayaash.

Wanita ini mengakui telah menyapu beberapa jenis minyak angin pada batang hidung bayinya kononnya mahu melegakan pernafasan si kecil itu. Namun siapa sangka, rupa-rupanya tindakannya itu membahayakan nyawa si kecil.

Sambil tukar pampers Ayad, aku pun sapu minyak telon dari 1 jenama ni. Sebelum ni aku memang tak pernah guna minyak tu. Tapi kali ini aku nak try, mana tahu okay. Bidan yang bagi, katanya minyak ni bagus dan sesuai untuk bayi.

Lepas sapu dekat hidung tu, aku pun pusing badan nak letak minyak dekat tepi dan masa aku paling ke Ayad, tak sampai sesaat pun. Allah! aku tengok muka Ayad merah, mulut dia berbuih, suara dia macam tercekik.

Ibu Panik Muka Bayi Merah & Mulut Berbuih Lepas Hidung Disapu Minyak Angin – 'Maafkan Ibu' 6

Cemas dengan situasi itu, wanita ini bersama ibu bapanya bertindak membasuh muka Ayad tetapi anak kecil itu masih kelihatan lemah dan wajahnya bertukar merah. Lebih mengejutkan apabila melihat buih mula keluar dari mulut Ayad. Tanpa berfikir panjang, mereka segera membawa Ayad ke klinik untuk mendapatkan bantuan.

Aku tepuk-tepuk belakang Ayad. Aku masuk jari kelinking dalam mulut Ayad, nak clearkan mulut dia dari air liur berbuih tu. Pusing dan tepuk-tepuk belakang badan, pusing ke depan semula, mulut Ayad masih berbuih lagi dan darah. Tiba-tiba terdetik dalam hati aku, eh CPR! Aku terus buat mouth to mouth breathing (cara CPR baby dan dewasa lain ye. Boleh google)

Ibu Panik Muka Bayi Merah & Mulut Berbuih Lepas Hidung Disapu Minyak Angin – 'Maafkan Ibu' 8

Tidak lama selepas itu, wajah Ayad yang awalnya berwarna merah mula bertukar menjadi normal. Setibanya mereka di klinik, doktor memasangkan oksigen kepada Ayad sebelum kes itu dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Ayad admit HTAA untuk 3 hari. Aku kena marah teruk dengan specialist. Mak misi tapi boleh sapu minyak angin dekat hidung anak. Awak tahu tak, bayi bawah dari umur tiga bulan tidak boleh disapu sebarang minyak angin/telon. Bayi pada umur ini cuma bernafas dari hidung.

Bila awak sapu minyak angin, minyak ni akan block saluran pernafasan dia. Sebab tu mulut dia berbuih, dia tengah berusaha sedaya upaya bernafas dengan mulut dia. Tak semestinya minyak yang baby orang lain guna, selamat untuk baby awak.

Faranem mengaku apa yang dilaluinya ini merupakan satu pengajaran buat dirinya dan orang lain. Malah dia sempat menasihati para ibu supaya lebih berhati-hati dan elakkan penggunaan minyak atau balm kepada bayi.

Sumber: Faranem Rosmadi


Ibu Panik Muka Bayi Merah & Mulut Berbuih Lepas Hidung Disapu Minyak Angin – 'Maafkan Ibu' 10

The following two tabs change content below.


Ibu Panik Muka Bayi Merah & Mulut Berbuih Lepas Hidung Disapu Minyak Angin – 'Maafkan Ibu' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list