Infotainment

Ibu Sajat Reda Anak Lari Ke Australia, Tak Pernah Pujuk Balik Malaysia

Ibu Sajat Reda Anak Lari Ke Australia, Tak Pernah Pujuk Balik Malaysia
Ibu Sajat Reda Anak Lari Ke Australia, Tak Pernah Pujuk Balik Malaysia 1

Umum mengetahui, usahawan sensasi Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kini memulakan kehidupan baru di Australia.

Menerusi temubual eksklusif mStar Online, ibunya Maimon Omar berkata dia tidak akan sesekali memujuk Sajat untuk pulang kerana bimbang bakal berdepan tindakan undang-undang jika balik ke Malaysia.

BACA: Beli RM7.5 Juta, Sajat Mahu Jual Banglo RM9.5 Juta

“Tak memang saya tak pujuk dia balik. Saya tahu risiko dia. Saya tak nak pujuk, biar dia buat sendiri hal dia.

“Saya tengok rezeki dia lagi melimpah ruah daripada dia kat Malaysia. Maju betul dia kat sana, saya betul-betul bangga dengan dia,” katanya.

Berkongsi lanjut tentang anaknya itu, Maimon berkata doa dan restunya sentiasa bersama Sajat. Katanya lagi, dia dan Sajat sentiasa berhubung, serta merasakan anaknya ada bersamanya di sini.

“Kami kerap berhubung, rasa macam dia ada kat sini saja. Apa-apa pun dia cerita, apa dia nak buat dia beritahu…minta restu dan doa.

“Apa sahaja saya reda. Apa yang jadi dekat rumah dia, orang buat apa pun saya reda. Itu sahaja jalan terbaik. Kita tak nak burukkan sesiapa. Buat sajalah apa yang kau rasa nak buat. Apabila kau buat, Allah akan datangkan rezeki,” katanya.

Ditanya tentang kecaman terhadap Sajat dan keluarganya, Maimon tidak peduli apa yang diperkatakan netizen kerana sebagai ibu dia lebih tahu tentang anaknya itu.

“Saya tak kisah apa mereka kata…lantaklah. Tapi saya tahu apa dia buat tu untuk kebaikan diri dia. Kita jangan pedulikan orang, pedulikan diri kita saja. Orang nak kata apa pun katala. Tak kisah…yang kita tahu sekarang ni buat benda yang betul.

“Tak mengapa orang yang kata itu mereka yang akan tanggung. Saya dah lali tak kisah apa pun, orang kata apa pun saya tak kisah, saua tahu apa dia buat,” katanya.


Ibu Sajat Reda Anak Lari Ke Australia, Tak Pernah Pujuk Balik Malaysia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list