Infotainment

Ibu Shuib Dedah Punca Anaknya Tak Berminat Lagi Sertai SRL

Ibu Shuib Dedah Punca Anaknya Tak Berminat Lagi Sertai SRL
Ibu Shuib Dedah Punca Anaknya Tak Berminat Lagi Sertai SRL 1

Baru-baru ini, perkongsian Jep Sepahtu menjadi perhatian apabila memuat naik penjelasan mengapa sahabatnya, Shuib Sepahtu tiada dalam Sepahtu Reuinion Live (SRL) sekaligus menjawab pertanyaan netizen.

Bagaimanapun, ia tidak terhenti setakat itu apabila ibu kepada Shuib iaitu Salamiah Jalani tampil bersuara untuk mempertahankan anaknya.

BACA: Mamat Sepah Harap Jep & Shuib Jangan Berpecah

Menurut Salamiah, dia menyokong tindakan Shuib tidak lagi menyertai SRL kerana tidak sanggup melihat anaknya terus ditindas seperti orang tiada maruah.

Ibu Shuib Dedah Punca Anaknya Tak Berminat Lagi Sertai SRL 2

Katanya lagi, ketika Shuib disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pelawak itu dilayan seperti sudah bersalah termasuklah diperli dan dimalukan oleh sahabat sendiri di bilik mesyuarat sedangkan belum dijatuhkan hukum.

Ibu Shuib Dedah Punca Anaknya Tak Berminat Lagi Sertai SRL 3

Kata Salamiah lagi, anaknya tetap meletakkan jawapan pergi dari SRL disebabkan pihak Astro kerana masih menyimpan jawapan yang betul kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Ibu Shuib Dedah Punca Anaknya Tak Berminat Lagi Sertai SRL 4

Dalam pada itu, Salamiah berkata apa yang membuatkan anaknya sedih kerana itu adalah rakan seperjuangannya yang dikenali sebelum dia bergelar artis.

Salamiah berkata dia yang melihat kesedihan anaknya dan terpaksa melupakan minatnya demi mempertahankan maruahnya kerana ingin bekerja dengan tenang dan gembira.

Ibu Shuib Dedah Punca Anaknya Tak Berminat Lagi Sertai SRL 5

Jelas Salamiah lagi, dia bukan individu yang gila publisiti murahan tetapi hanya ingin bersuara selepas bertahun-tahun melihat anaknya berdiam diri bertahun-tahun.


Ibu Shuib Dedah Punca Anaknya Tak Berminat Lagi Sertai SRL 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo