Berita

Idayu hamil selepas enam tahun kahwin

Idayu hamil selepas enam tahun kahwin 1

Idayu hamil selepas enam tahun kahwin 2

 

Kuala Lumpur: “Kepada pasangan yang masih berusaha nak dapatkan ‘baby’, nasihat saya jangan mudah putus asa.”

Itu luah penyanyi Idayu yang berkongsi kini hamil anak sulung dengan usia kandungan lima bulan selepas enam tahun berkahwin dengan suami, Shahrul Fadzil.

Idayu, 36, atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob berkata, dia dan suami bersyukur dengan nikmat diberikan Allah SWT.

“Syukur Alhamdulillah saya dan suami ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lebih lima bulan selepas melayari perkahwinan selama lebih enam tahun.

“Saya sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada kami berdua. Kami sentiasa yakin dengan peraturan Allah SWT dan inilah waktu yang paling tepat. Kami akan sentiasa mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari mendatang,” katanya.

Dalam masa sama, Idayu yang juga juara program Akademi Fantasia Megastar turut memohon doa orang ramai semoga kehamilan dan proses melahirkan kelak dipermudahkan.

“Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat hingga ke hari kelahiran.

“Insya Allah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahaya mata pertama ini pada Mei depan. Sekali lagi terima kasih untuk ucapan dan doa kalian.

“Terima kasih juga kepada doktor serta seluruh kakitangan hospital kerana banyak membantu saya sepanjang tempoh kehamilan ini. Semoga Allah sahaja dapat membalas budi kalian,” katanya.

Idayu dan suami berkahwin pada Mei 2014.

Idayu hamil selepas enam tahun kahwin 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo