Artikel Terkini

Idea luar biasa, Ubi juara Muzikal Lawak Superstar 3

Idea luar biasa, Ubi juara Muzikal Lawak Superstar 3
Idea luar biasa, Ubi juara Muzikal Lawak Superstar 3 1

KUALA LUMPUR – Kumpulan Ubi menepati ramalan ramai apabila diumumkan juara Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Ubi yang dianggotai pelawak Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie bersyukur kerana dipilih sebagai pemenang bagi edisi kali ini.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada juri-juri kerana memberikan input setiap minggu supaya kami mampu memberi yang terbaik, bukan untuk kami, tetapi untuk semua terhibur,” kata mereka selepas dinobatkan sebagai juara.

Menerusi persembahan final, Ubi mendapat pujian hebat daripada juri tetap iaitu Najip Ali yang menyifatkan lawak mereka kreatif dan sungguh luar biasa.

“Persembahan kreatif, anda beri tanpa batasan. Idea sangat luar biasa. Anda sudah berikan seni lawak yang berkesan,” katanya.

Kemenangan tersebut melayakkan Ubi pulang dengan hadiah wang tunai bernilai RM150,000.

Sementara itu, kumpulan Cili yang dianggotai Ali Puteh, Achey dan Shiha Zikir diumumkan sebagai naib juara dan menggondol wang tunai sebanyak RM75,000.

Shiha yang juga pelakon dan penyanyi popular dan kali kedua menyertai MLS turut menerima gelaran Superstar Paling Gempak untuk edisi kali ini.

Tempat ketiga pula menjadi milik Bahroy yang dianggotai Nizam Jentik Jentik, Shashic Eiwan dan Roy Azman. Kemenangan tersebut melayakkan mereka memenangi wang tunai RM50,000.

Kumpulan OOD yang dianggotai Man Raja Lawak, Chiwan dan Zahid pula sekadar menduduki tempat keempat dengan membawa pulang RM25,000.

Finalis MLS3 diadili 75 peratus oleh juri tetap iaitu Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip, manakala 25 peratus lagi undian daripada penonton awam.

MLS3 yang bersiaran selama 10 minggu bermula 22 Julai itu dihoskan pasangan pengacara Elly Mazlein dan Sharnaaz Ahmad. – KOSMO! ONLINE


Idea luar biasa, Ubi juara Muzikal Lawak Superstar 3 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list